fbpx

Payudara Membengkak Dan Sakit, Ketahui 4 Simptom Awal Bengkak Susu Serta Cara Untuk Merawatnya

Pasti ramai golongan ibu yang telah melahirkan cahaya mata pernah merasai bagaimana peritnya bengkak susu. Masalah bengkak susu ini agak common dalam kalangan wanita yang telah melahirkan anak. Keadaan di mana payudara menjadi keras dan membengkak ini dikatakan berpunca daripada lebihan susu yang tidak dikeluarkan.

Terdapat 4 simptom yang boleh dikenal pasti sekiranya si ibu itu sedang menghadapi masalah ini antaranya:

 
  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit.
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh.
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu.
  • Kelenjar pada bahagian ketiak mengalami bengkak dan sakit.

Menurut portal Hello Doktor, masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua bahagian payudara secara serentak. Kadang kala ia hanya akan terjadi bengkak pada bahagian areola atau ketiak sahaja.

Namun begitu, masalah ini sebenarnya boleh dirawat dirumah sahaja tanpa memerlukan rawatan di hospital.

 

Portal Hello Doktor ada berkongsikan 9 cara untuk merawat masalah bengkak susu ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti cara-caranya seperti berikut:

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar.
  • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan secara membulat pada bahagian payudara.
  • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut.
  • Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak.
  • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola.
  • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap.
  • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi.
  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat.
  • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.

Selain daripada itu, masalah bengkak susu ini mungkin juga boleh berpunca daripada pam susu yang tidak efisien. Pemilihan pam susu perlulah dibuat secara teliti bagi mengelakkan daripada terkena masalah bengkak susu ini.

Oleh itu, salah satu jenama produk pam susu yang disyorkan dan antara yang terbaik untuk para ibu adalah Bearmom.

Kenapa para ibu perlu beli pam susu Bearmom ni? Ha inilah sebabnya.

Pam susu Bearmom ni sangat sesuai dengan wanita yang bekerjaya sebenarnya. Ini kerana, ianya tidak memerlukan wayar, tidak perlu tiub dan paling penting ianya tidak berbunyi. Ini bermakna, golongan ibu yang ingin mengepam susu, lebih selesa dan yakin untuk pam di mana sahaja mereka berada tanpa perlu berasa malu.

Dengan saiz yang kecil dan ringan, ianya juga mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Saiz kecil yang dikuasakan dengan bateri besar (1200mAh) ini juga turut didatangkan dengan 3 mod iaitu Auto, Urut, Ekspresi. Baterinya pula boleh dicaskan dengan kabel USB type C. Paling menarik sekali, anda boleh mengecasnya menggunakan powerbank tau kalau pam anda kehabisan bateri.

Bagi wanita yang bekerjaya, usah risau untuk memikirkan tentang tak cukup masa bagi mengepam susu untuk anak anda, ini kerana anda masih lagi boleh mengepam susu anda sambil melakukan rutin harian anda dengan teknologi yang dijamin terbaik daripada pam susu Bearmom ini.

Sudahlah langsung tidak sakit ketika ianya menyedut, tahu-tahu sahaja masalah lebihan susu yang mendorong kepada masalah bengkak susu seperti yang dilalui oleh golongan ibu dapat dielakkan.

Jika anda tidak yakin atau masih sedang mempertimbangkan pam susu jenama apa yang anda harus beli, cuba anda lihat apa yang pengguna Bearmom ini katakan kepada produk ini:

“Saya sangat berpuas hati bila guna pam susu Bearmom ni. Nipple tak crack. Sebelum ni saya ada guna pam yang lain, nipple crack sakit bila pam. Breast bengkak dan baby tak data susu secukupnya. Bila saya guna pam susu Bearmom ni, susu banyak. Senang digunakan, recommended sangat. Terima kasih Bearmom!”

“Alhamdulillah rezeki baby saya.. Best sangat2 guna Bearmom ni. Stock susu 2x ganda dari sebelum ni… Thank you Bearmom”.

“Hi, saya dah gunakan Bearmom ni sangat bagus. Senang bagi saya yang bekerja boleh pam susu bila2 masa dan di dalam kereta tengah jem pun saya boleh pam susu. Tq Bearmom!”

Pada anda yang mahu mendapatkan produk Bearmom atau mahu tahu dengan lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman sesawangnya dengan hanya klik di SINI, atau ingin menjadi sebahagian daripada team Bearmom.

Pada ‘first time parents’, Bearmom juga ada menawarkan E-book bernilai RM99 untuk diberikan percuma kepada anda. Dalam E-book ini terdapat pelbagai jenis tips yang pasti dapat membantu ibu bapa baru ini menguruskan hal bayi mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di SINI.

Terima kasih Siakap Keli kerana sudi. berkongsi tentang kebaikan pam susu Bearmom

Pautan asal : https://siakapkeli.my/2021/08/26/payudara-membengkak-dan-sakit-ketahui-4-simptom-awal-bengkak-susu-serta-cara-untuk-merawatnya/?fbclid=IwAR1Z9gjC3gInCeUWlxDTyJcf_T7AEI9fIPrsh2bOikwdHNzGeb6gIwNA-i0

Shopping Cart
Scroll to Top
[]