Tanda bersalin semakin hampir mungkin berbeza diantara seorang wanita dengan wanita yang lain.
Namun, gambaran masa semakin hampir secara keseluruhan ini anda boleh jadikan sebagai panduan supaya anda perasan akan tanda-tanda ini apabila tiba masanya.
Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda tanda kelahiran semakin hampir yang perlu anda tahu. Jom baca!
Tanda Bersalin Semakin Hampir
Mungkin tanda kelahiran ini juga akan menjadi sedikit berbeza bergantung samada anda bersalin normal atau bersalin czer.
Namun, jika anda sudah diberikan tarikh lebih awal lagi untuk bersalin czer, anda mungkin tidak sempat untuk merasa pengalaman tersebut.
Tanda kelahiran atau tanda bersalin awal dari due date juga mungkin sedikit berbeza namun apa yang anda akan lalui masih tetap sama.
Jom lihat apa tanda-tanda bersalin yang anda boleh expect apabila hampir tiba masanya untuk anda bertemu si comel yang sudah lama anda nantikan.
BACA JUGA : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?
1. Kepala Bayi Mulai Turun
Perkara ini jugalah yang akan dipantau oleh doktor yang merawat anda iaitu pergerakan kepala bayi.
Kepala bayi akan turut ke bahagian pelvis anda beberapa minggu sebelum anda bersalin.
Apapun, sekali lagi ia berbeza dan bergantung pada setiap individu.
Dalam kebanyakan kes, anda akan mulai berasa kerap untuk terkencing kerana kepala bayi anda semakin kuat menekan pundi kencing anda.
Keadaan ini sebenarnya akan memberikan kelegaan dan keselesaan buat anda kerana anda akan mempunyai lebih banyak ruang untuk bernafasa disebabkan pergerakan si comel anda yang semakin jauh daripada paru-paru anda.
2. Lendir Dari Faraj Tanda Bersalin
Pada waktu ini juga anda akan perasan lendir mulai kerap keluar daripada faraj anda.
Jika lendir tersebut keluar bersama-sama dengan darah dan berserta rasa sakit, ia menjadi tanda bahawa anda memang sudah hampir sangat untuk beranak.
Namun, ia bukanlah bermaksud anda akan terus bersalin pada masa tersebut juga.
Ia mungkin mengambil masa sekitar beberapa hari lagi kerana anda perlu menunggu kontraksi dan juga kelebaran serviks seluas 3 ke 4 cm.
BACA JUGA : Payudara Bengkak – Punca, Kesan dan Rawatan
3. Kontraksi Semakin Kerap
Kontraksi merupakan salah satu daripada tanda kelahiran semakin hampir yang paling anda perlu berikan perhatian.
Namun, ada masanya anda mungkin mengalami Braxton Hicks beberapa minggu atau bulan sebelum anda bersalin.
Braxton Hicks juga turut dikenali sebagai kontraksi palsu dimana anda akan merasakan seperti otot uterus anda mengetat.
Sebenarnya Braxton Hicks ini merupakan persediaan buat bakal ibu sebelum tibanya masa sebenar untuk anda bersalin.
Kami rasa ada baiknya juga untuk kami kongsikan dengan anda apa yang anda boleh lakukan untuk mengesan samada kontraksi tersebut adalah kontraksi benar atau kontraksi palsu.
- Kontraksi sebenar adalah jauh lebih kuat berbanding Braxton Hicks.
- Kontraksi sebenar tidak akan hilang jika anda mengubah posisi badan anda.
- Kontraksi sebenar lebih lama dan lebih kerap serta lebih menyakitkan setiap kali ia berlaku.
BACA JUGA : Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama
4. Pecah Air Ketuban
Kebanyakan daripada kita pasti akan menanti pecah air ketuban sebagai persediaan untuk kelahiran.
Namun, bukan semua orang akan melalui pengalaman ini.
Ada yang sekadar keluar darah dan berasa sakit kontraksi sahaja kemudiannya bukaan sudah seluas 7cm!
Jangan risau kerana anda pasti akan merasa sakit kontraksi yang akan memaksa anda ke hospital dan pada masa inilah anda akan dimaklumkan dengan sebaiknya oleh doktor anda samada anda sudah hampir bersalin atau mempunyai masa beberapa hari lagi.
Mungkin dalam perkongsian akan datang kami akan kongsikan dengan lebih terperinci topik-topik dibawah pula:
- tanda seminggu sebelum bersalin,
- tanda bersalin 7 bulan,
- tanda bersalin 35 minggu,
- tanda bersalin 37 minggu,
- tanda bersalin 38 minggu,
- tanda bersalin 39 minggu,
- persediaan bersalin,
- persiapan bersalin,
- doa mudah bersalin,
- doa dipermudahkan bersalin
Sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Kami harap anda mendapat banyak manfaat daripada perkongsian ini.