fbpx
Makanan Ibu Mengandung

Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda

Semua ibu mengandung perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sebaik sahaja disahkan hamil oleh doktor perubatan.

Makanan ibu mengandung mestilah mempunyai kandungan nutrisi yang cukup agar dapat melahirkan generasi yang sihat.

Namun begitu, ada sesetengah wanita hamil tidak pasti berapa jumlah kalori yang mereka perlukan serta jenis-jenis makanan berkhasiat untuk ibu mengandung.

Buat yang pertama kali hamil, kekeliruan ini adalah sesuatu yang normal. 

Dengan itu, artikel kali kami ingin menjawab segala persoalan anda tentang makanan untuk ibu mengandung.

Makanan Ibu Mengandung – Kalori Yang Diperlukan?

Apabila anda disahkan hamil, perkara pertama yang wajib anda tahu adalah kesihatan janin akan bergantung kepada gaya hidup diri anda.

Jika gaya hidup anda tidak sihat, seperti jadual makan tidak teratur, ia boleh mengganggu tumbesaran bayi anda.

Jumlah kalori yang biasa anda ambil juga perlu ditambah agar janin anda mendapat bekalan nutrisi yang cukup.

Sebanyak 360 kcal/hari hingga 470 kcal/hari perlu ditambah daripada kalori harian anda. 

“Tak gemuk ke nanti?” 

Untuk menjawab persoalan ini, ia bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil.

Jika anda makan makanan yang tidak berkhasiat, maka berkemungkinan besar berat badan anda akan bertambah. 

Sehubungan dengan itu, jika anda mengamalkan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung, pertambahan berat badan juga akan berlaku tetapi tidak bertambah secara mendadak kerana akan ditukarkan kepada tenaga.

Selain itu, jadual pemakanan ibu mengandung mestilah seimbang agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti harian.

Setiap ibu hamil wajib ada jadual pemakanan serta menu yang sesuai.

BACA JUGA : Payudara Bengkak – Punca, Kesan dan Rawatan

Jenis Makanan Ibu Mengandung Yang Menyihatkan

Antara jenis makanan yang berkhasiat dan mengandungi zat yang bagus untuk wanita yang sedang hamil adalah seperti berikut;

1. Produk Tenusu

makanan ibu mengandung

Ibu yang hamil sangat memerlukan jumlah protein tambahan dan makanan yang tinggi kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang membesar.

Produk tenusu adalah sangat baik untuk diambil kerana mempunyai kandungan yang tinggi kalsium dan zat besi.

Ada juga yang bertanya, mengenai jenis minuman susu ibu mengandung yang sesuai untuk mereka amalkan.

Bagi pendapat kami, terdapat banyak brand susu yang sesuai untuk ibu mengandung dan anda boleh meminta nasihat daripada doktor mengikut kesesuaian tahap kesihatan anda dan kandungan.

Ramai juga ibu mengandung lebih gemar untuk minum susu kambing.

Pengambilan susu kambing untuk ibu mengandung adalah sangat digalakkan kerana susu kambing dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Bagi anda yang Muslim, seperti yang kita maklum, salah satu makanan sunnah ibu mengandung adalah susu kambing.

Oleh itu, rugi sangat kalau kita tak amalkan makanan sunnah, terutamanya semasa dalam tempoh mengandung.

2. Sayuran Hijau

makanan ibu mengandung

Makanan ibu mengandung mestilah lengkap dengan sayuran hijau.

Setiap portion dalam setiap menu ibu mengandung mestilah mengandungi sayur-sayuran.

Sayuran hijau sarat dengan vitamin untuk ibu mengandung seperti Vitamin A, C dan K.

Ia membantu dalam sistem pencernaan tubuh badan agar toksik dalam badan dapat disingkirkan. Ini juga membantu dalam tumbesaran bayi itu sendiri.

BACA JUGA : Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

3. Suplemen untuk ibu mengandung

makanan ibu mengandung

Suplement untuk ibu mengandung boleh dikategorikan sebagai makanan ibu mengandung yang perlu diambil.

Antara supliment untuk ibu mengandung adalah seperti berikut:

A. Asid folik

Pengambilan acid folic untuk ibu mengandung adalah sangat digalakkan oleh doktor.

Asid folik merupakan supplement untuk ibu mengandung yang sering dibekalkan oleh doktor setelah pemeriksaan antenatal anda.

Asid folik juga ada dijual di setiap farmasi, malah ia juga boleh dibeli secara online di laman niaga seperti Shoppe dan Lazada.

Kenapa asid folik penting? Asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang.

B. Zat Besi

makanan ibu mengandung

Ibu hamil perlu mengambil zat besi jika kandungan zat besi dalam darah mereka kurang.

Hal ini kerana, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang sepanjang tempoh kehamilan.

Dengan mengambil suplemen yang tinggi kandungan zat besi, ia dapat membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Jumlah pengambilan zat besi mestilah mengikut nasihat dan saranan doktor perubatan anda. Jangan ambil sewenang-wenangnya!

C. Multivitamin

Multivitamin adalah vitamin khas untuk kehamilan yang mengandungi asid folik, zat besi, vitamin D dan kalsium.

Ada juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B, potassium, zink, dan vitamin E.

Pengambilan multivitamin ini sangat bagus sebagai makanan tambahan ibu mengandung bagi menggalakkan proses tumbesaran janin.

Selain itu, vitamin juga merupakan ubat tahan muntah untuk ibu mengandung. 

Akan tetapi, setiap vitamin yang anda ingin ambil mestilah mendapat nasihat dan saranan daripada doktor terlebih dahulu.

Hal ini bagi memastikan vitamin yang anda ambil sesuai dengan perkembangan janin dan tubuh badan anda.

Setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai makanan ibu mengandung. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda semua. 

Shopping Cart
Scroll to Top
[]