fbpx

Makanan Pantang – Simple Namun Tetap Menyelerakan

Bila sebut mengenai berpantang atau makanan pantang, pasti kaum Adam atau Hawa akan mengimbau kenangan masing-masing.

Bagi kaum Adam, tempoh berpantang yang mereka perlu dan wajib lalui adalah selepas berkhatan.

Manakala, buat kaum Hawa pula mereka akan berpantang sejurus sahaja selesai proses kelahiran dan melibatkan lebih banyak pantang larang terutamanya makanan.

Lebih ironinya, berpantang ini sangat sinonim dengan makanan. Kenapa ya?

Makanan Pantang

Berpantang adalah salah satu proses pemulihan selepas tubuh anda menjalani pembedahan atau mengalami ‘kerosakan’ selepas bersalin.

Salah satu aspek yang perlu dijaga semasa berpantang adalah pengambilan makanan yang bersesuaian supaya tempoh pemulihan tubuh badan anda sentiasa baik. 

Makanan semasa berpantang memang agak perit untuk kita amalkan.

Tawar, kurang masin dan membosankan antara keluhan yang sering diutarakan oleh orang berpantang.

Tapi, ramai sebenarnya tak tahu bahawa terdapat banyak variasi dalam resepi makanan yang menarik boleh anda cuba. 

Dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan dengan anda semua terutamanya ibu-ibu yang baru sahaja bersalin tentang makanan pantang bersalin.

Kenapa Berpantang Selepas Bersalin?

makanan pantang
Artis pun tak terlepas daripada berpantang.

Kalau kami buat survey kepada semua ibu-ibu di luar sana mengenai pilihan mereka untuk berpantang, pasti ramai yang memilih untuk tidak berpantang.

Bukan apa, ramai yang menganggap berpantang ni superstitious atau bahasa mudahnya perbuatan yang karut.

Pernah tak anda terfikir, kenapa orang dulu-dulu mempunyai jumlah isi keluarga yang besar?

Ada yang sampai 11 orang adik-beradik.

Untuk pengetahuan anda, berpantang merupakan salah satu cara orang lama untuk sentiasa kekal subur.

Selain itu, berpantang sangat baik agar tubuh badan anda tidak rasa lemah, sengal dan menjadi lesu.

Memang kami tidak nafikan, banyak makanan kegemaran anda menjadi makanan larangan semasa tempoh berpantang.

Mungkin agak perit untuk anda hadam, tetapi ia juga adalah untuk kebaikan anda.

Sebenarnya, bukanlah semua makanan tersebut tak sedap.

Anda cuma tidak tahu jenis-jenis makanan yang boleh anda makan dan jenis makanan yang anda tidak boleh makan.

Makanan Pantang – Boleh & Tak Boleh Dimakan

makanan pantang

Jenis makanan yang bakal kami senaraikan adalah sama sahaja untuk makanan pantang selepas bersalin, makanan pantang selepas pembedahan, makanan pantang czer, makanan pantang selepas pembedahan cyst dan makanan pantang gugur.

Berikut adalah senarai jenis makanan yang boleh anda ambil dan tidak boleh ambil semasa anda berpantang.

BACA JUGA : Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lebih Lama – Tips Buat Para Ibu

Makanan Pantang : Ayam dan Daging

Jenis makanan pantang yang boleh dimakan:

  • Burung puyuh
  • Merpati
  • Ayam kampung
  • Ayam biasa
  • Daging kambing
  • Daging batang pinang

Tak boleh dimakan:

  • Ayam dan daging pada bahagian yang berlemak

Makanan Pantang : Ikan

makanan pantang

Ikan yang boleh dimakan:

  • Haruan 
  • Selar
  • Gelama
  • Merah
  • Bawal putih
  • Salmon
  • Senangin
  • Kurau

Ikan yang tak boleh dimakan:

  • Ikan masin
  • Ikan kering
  • Keli
  • Bawal hitam
  • Duri
  • Terubuk
  • Pari
  • Parang
  • Kembung
  • Makanan laut seperti kerang, udang dan ketam

Buah-Buahan

Buah yang boleh dimakan:

  • Walnut
  • Anggur
  • Kurma
  • Epal merah
  • Oren
  • Prun
  • Strawberi
  • Kismis

Buah yang tak boleh dimakan:

  • Kuinin
  • Manggis
  • Sengkuang
  • Nenas
  • Limau
  • Tembikai
  • Durian
  • Langsat
  • Cempedak
  • Belimbing

Air semasa berpantang

makanan pantang

Air yang boleh diminum:

  • Jus pegaga
  • Air halia
  • Halia kurma
  • Manjakani
  • Madu
  • Kopi

Air yang tak boleh diminum:

  • Air berais
  • Air sejuk
  • Air berkarbonat
  • Tebu
  • Cuka buah

Kalau ikutkan banyak lagi senarai makanan semasa berpantang yang kami ingin kongsikan kepada anda.

Kami rasa apa yang disenaraikan sudah cukup membantu buat anda yang pertama kali berpantang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya menu-menu menarik yang boleh di cuba semasa tempoh berpantang.

Antara menu yang kami rasa menarik untuk anda cuba adalah:

  • Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus 
  • Ikan Bawal / Siakap Kukus Halia
  • Sup Ikan Merah
  • Ayam Panggang Selera Pantang
  • Ikan Haruan Masak Lada Hitam

Menu yang kami senaraikan di atas adalah menu yang senang dibuat dan sangat sedap.

Anda boleh dapatkan resepi dan cara untuk membuatnya di Google.

Setakat ini sahaja perkongsian kami tentang makanan pantang. Semoga bermanfaat.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]