fbpx

Payudara Bengkak – Punca, Kesan dan Rawatan

Payudara bengkak atau payudara bengkak nyeri adalah keluhan yang sering anda dengar daripada setiap wanita.

Rasa sakit di bahagian payudara ini bukan sembarangan. 

Ia boleh berlangsung selama 4 hingga 5 jam.

Mungkin ramai yang mengaitkan tentang payudara bengkak seperti batu kepada masalah-masalah kesihatan yang serius seperti breast cancer.

Sebenarnya, masalah payudara membengkak ini normal buat semua wanita.

Untuk pengetahuan anda juga, salah satu tanda-tanda kehamilan adalah payudara anda membengkak dan menjadi lebih sensitif.

Kami faham bahawa ada dikalangan anda berasa sangat risau apabila situasi ini terjadi. Pasti anda memikirkan bermacam-macam kemungkinan yang akan berlaku kepada anda jika kesakitan ini tidak surut terutama sekali ibu mengandung.

Jangan risau ibu-ibu semua, payudara membengkak adalah fasa yang akan dilalui oleh anda semua. Nak tahu kenapa?

Artikel kali ini akan kongsikan dengan anda mengenai kondisi payudara membengkak yang menjadi kerunsingan oleh semua wanita di luar sana.

Punca Payudara Bengkak

payudara bengkak

Apa yang bakal kami kongsikan ini adalah koleksi soalan yang sering kami dapat daripada wanita diluar sana.

Antara persoalan yang sering ditanya adalah:

“Payudara bengkak, bahaya atau tidak?”

“Payudara bengkak sebelah kiri”

“Payudara bengkak sebelah kanan”

“Payudara terasa bengkak dan sakit – simptom kanser ?”

Untuk menjawab persoalan dan tanda tanya wanita di luar sana, maka kami akan huraikan kenapa dan mengapa payudara boleh membengkak.

1. Datang Haid (period)

Semasa datang haid, perubahan hormon akan berlaku.

Pada ketika ini, payudara anda akan membengkak tetapi tidak terlalu serius.

Ini menunjukkan tubuh badan anda sihat kerana perubahan hormon anda berlangsung dengan normal.

BACA JUGA : Payudara Membengkak Dan Sakit, Ketahui 4 Simptom Awal Bengkak Susu Serta Cara Untuk Merawatnya

2. Tanda awal kehamilan

payudara bengkak

Payudara membengkak juga adalah salah satu tanda awal fasa kehamilan.

Penghasilan hormon progesteron dan estrogen akan meningkat pada ketika ini. Kedua-dua hormon ini sangat berkait rapat dengan kehamilan.

Hormon progesteron akan membantu membuka saluran payudara anda semasa hamil bagi mempersiapkan payudara untuk mengandungi susu untuk penyusuan.

Payudara bengkak saat hamil beberapa minggu dan puting anda juga akan menjadi lebih sensitif.

3. Putus haid

Payudara membengkak juga dikaitkan sebagai salah satu tanda anda sudah hampir ke fasa putus haid atau menopause.

Ia selalunya terjadi apabila anda semakin meningkat usia.

Apabila anda memasuki fasa menopause, tubuh anda akan berhenti menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

Walaubagaimanapun, perubahan ini tidak berlaku secara mendadak, malah ia memakan masa 5 hingga 12 tahun.

Fasa sebelum putus haid dikenali sebagai premenopause.

Ramai wanita akan mengalami masalah payudara membengkak pada fasa premenopause.

Rasa sakitnya juga adalah sama seperti payudara bengkak semasa datang haid.

Jangan risau, rasa sakit ini akan beransur hilang dengan sendiri setelah anda putus haid sepenuhnya.

Payudara Bengkak Selepas Bersalin

Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah payudara bengkak susu, payudara bengkak pada bayi baru lahir dan payudara bengkak tapi susu tak keluar.

Jom kami jelaskan kepada anda mengapa ia boleh terjadi.

Setiap ibu pasti menginginkan bahawa cahaya mata mereka mendapat penyusuan yang secukupnya.

Semasa penyusuan ibu dikatakan dapat mangakrabkan lagi hubungan sesama mereka.

Ada juga sesetengah bayi kurang menyusu dan ia akan menyebabkan payudara membengkak atau juga dikenali sebagai engorgement.

Rutin penyusuan ini perlu ditetapkan tetapi jangan sesekali anda  memaksa bayi untuk menyusu.

payudara bengkak

Jika payudara anda penuh dengan susu dan mula membengkak, saranan kami untuk anda adalah dengan mengepam susu dan simpan dengan baik.

Payudara Bengkak
Pam Susu oleh Bearmom mendapat banyak review positif. (KLIK GAMBAR)

Bagi masalah payudara membengkak tetapi susu tak keluar, ia mungkin disebabkan saluran susu anda tersumbat.

Cara mengatasi masalah ini adalah seperti berikut:

  • Tuam air suam pada payudara
  • Amalkan urutan payudara bengkak susu
  • Rutin penyusuan perlu lebih kerap
  • Tukar bra anda

Alternatif diatas juga adalah cara mengatasi payudara membengkak setelah berhenti menyusui.

Setakat itu sahaja perkongsian kami tentang payudara bengkak. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda semua.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]