Senaman kegel sesuai untuk sebelum atau selepas bersalin?
“Jangan banyak bergerak, orang berbadan dua ni elok rehat lebih.” Inilah antara pesanan orang dulu kepada setiap menantu ataupun anak mereka yang baru sahaja hamil.
Nasihat yang mereka berikan ini memang benar belaka. Tapi macam contradict pula dengan saranan lakukan kegel.
Doktor juga menyarankan agar setiap ibu mengandung perlu mendapat rehat yang cukup dan kalau boleh meminimalkan pergerakan mereka.
Namun begitu, sesetengah pandangan perubatan gynocology mengatakan bahawa setiap ibu mengandung digalakkan untuk sentiasa kekal aktif dengan melakukan aktiviti senaman pranatal.
Pasti ramai yang membayangkan aktiviti seperti berlari dan sebagainya, bukan itu senaman yang kami maksudkan.
Senaman yang kami maksudkan adalah senaman kegel wanita.
Senaman wanita ini sudah tidak asing lagi buat kaum Hawa.
Ramai yang melakukan senaman ini untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dan langsing.
Sebenarnya, salah satu manfaat dari kegel wanita ini adalah ia dapat membantu ibu mengandung semasa proses kelahiran nanti.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya senaman ini?
Senaman ini adalah senaman kemutan atau senaman yang mudah untuk menguatkan otot pelvik anda.
Dengan itu, artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua tentang senaman buat ibu mengandung. Jom baca dengan lebih lanjut.
Kenapa Perlu Buat Senaman Kegel?
Majoriti wanita pasti akan melalui fasa mengandung dan melahirkan cahaya mata mereka.
Proses mengandung dan melahirkan ini akan menyebabkan lantai otot pelvik menjadi semakin lemah.
Lantai otot pelvik adalah tapak yang menyokong pundi kencing, rahim dan rektum anda.
Semasa anda mengandung, lantai otot pelvik akan menyokong perkembangan rahim anda yang akan membesar sepanjang tempoh 9 bulan.
Regangan dan bebanan yang perlu ditanggung menyebabkan lantai otot pelvik menjadi lemah selepas anda bersalin.
Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak kuatkan semula lantai otot pelvik? Anda hanya perlu amalkan senaman ini seperti cara yang dinyatakan dibawah.
BACA JUGA : Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama
Cara Melakukan Senaman Kegel
Cara senaman yang kami kongsikan ini juga adalah sama seperti senaman kegel semasa haid, senaman kegel semasa period, senaman kegel ketika berpantang atau senaman kegel mengikut trimester.
- Kemut otot yang anda sasarkan selama 3 saat dan lepaskan secara perlahan-lahan.
- Lakukan pengulangan sebanyak 10 hingga 15 kali bagi setiap set. Cuba anda lakukan sekurang-kurangnya 3 set kegel sehari.
- Buat selama seminggu bagi set asas ini dahulu, jika anda dapat merasakan otot anda sudah semakin ketat.
- Anda boleh tambah set atau anda juga boleh tambah masa kemutan daripada 3 saat kepada 5 hingga 10 saat.
Dr Arnold Kegel merupakan pengasas kepada senaman kegel semasa mengandung. Ia dikatakan sangat membantu menguatkan lantai otot pelvik anda.
Malah, ia juga adalah senaman kegel sebelum bersalin yang sangat digalakkan untuk anda cuba.
BACA JUGA : Tanda Hamil – Tanda Yang Membawa Kegembiraan
Senaman Kegel Menaikkan Rahim
Selepas anda bersalin, lantai otot pelvik akan menjadi semakin lemah disebabkan oleh kecederaan dan regangan semasa proses kelahiran.
Tambah pula, otot ini juga digunakan sebagai lantai sokongan bagi rahim selama 9 bulan.
Jika otot ini lemah, pasti ia tidak mampu menampung rahim anda untuk kekal berada pada posisi asal mereka. Ini yang dikatakan rahim jatuh atau peranakan jatuh.
Senaman kegel menaikkan peranakan merupakan satu cara mudah yang boleh dilakukan oleh wanita yang baru sahaja menjalani proses kelahiran.
Senaman ini mampu menguatkan kembali lantai otot pelvik anda yang lemah. Akan tetapi, pastikan anda melakukan senaman ini dengan betul.
Caranya mudah sahaja, sama seperti senaman yang lain. Mudah bukan, cara yang sama tapi kebaikannya banyak.
Senaman ini juga sesuai dilakukan untuk lelaki atau perempuan yang mempunyai masalah kencing tidak lawas.
Anda boleh melakukan senaman ini dimana-mana sahaja dan ia juga tidak memerlukan apa-apa peralatan khas.
Setakat ini sahaja perkongsian kami tentang senaman kegel. Kami harap perkongsian pada kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.