fbpx

Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat dan Mudah

Setiap ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan anak mereka dengan susu badan selama mana yang mungkin dan sebab itulah penting untuk mereka tahu cara banyakkan susu badan.

Penyusuan dikatakan dapat mengakrabkan lagi hubungan antara bayi dan ibu.

Namun begitu, tidak semua ibu dapat memastikan susu badan mereka cukup banyak untuk penyusuan bayi mereka.

Boleh dikatakan setiap ibu menghasilkan susu badan pada kuantiti yang berbeza.

Ada ibu yang tidak buat apa pun, susu badan mereka keluar dengan banyak hingga usia anak mencecah hingga dua tahun.

Ada juga yang susu badan keluar sedikit saja dan ada yang tak keluar langsung. Jika  anda seorang ibu yang menghadapi masalah ini, pasti anda nak tahu petua banyakkan susu badan betul tak?.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda semua terutamanya buat ibu yang ingin banyakkan susu badan tentang cara banyakkan susu badan.

Cara Banyakkan Susu Badan – Kerapkan Menyusu

cara banyakkan susu badan

Tips pertama untuk meningkatkan penghasilan susu badan adalah ibu perlu pastikan bayi anda menyusu dengan lebih kerap sebanyak 10 ke 12 kali sehari dalam tempoh 24 jam.

Hal ini kerana, penyusuan bayi yang kerap mampu merangsang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu.

Kalau berkemampuan, anda harus menyusukan bayi anda selepas sahaja bersalin kerana ia dapat memastikan kelangsungan penghasilan susu selepas kelahiran.

Ini dapat menambah keakraban anda bersama bayi lantas merangsang penghasilan susu.

Jangan risau jika susu keluar sedikit saja, biarkan bayi anda terus menghisap susu badan anda.

BACA JUGA : Susu Badan – Sumber Nutrisi Terbaik Untuk Anak Anda

Banyakkan Susu Badan – Banyakkan Minum Air

Salah satu cara banyakkan susu badan kering adalah kerap minum air kosong.

Kebanyakkan ibu lupa bahawa air kosong sangat penting kerana salah satu jenis susu ibu adalah susu transisi yang akan dihasilkan pada minggu kedua kelahiran dan ia dapat merangsang penghasilan susu badan anda.

Susu transisi mengandungi hampir 90% kandungan air.

Jika anda kurang minum air, bagaimana payudara anda ingin menghasilkan susu transisi buat bayi anda nanti.

Amalkan minum 2 ke 3 liter air kosong sehari. 

Walaupun anda biasanya kurang minum air kosong, anda perlu ingat bahawa ia adalah untuk kebaikan bayi anda.

Kasihan si kecil jika ibu lebih mengutamakan minuman yang manis-manis dan berkafein, nanti anak pun mendapat khasiat yang tak bagus di dalam tubuh mereka.

Makan Makanan Untuk Tambah Susu Badan

cara banyakkan susu badan

Seperti yang sering dipesan kepada ibu-ibu mengandung, pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan dalam keadaan baik.

Malah, salah satu petua atau cara banyakkan susu badan adalah dengan mengambil makanan untuk tambah susu badan.

Antara makanan untuk banyakkan susu badan adalah seperti lobak putih, oat, kurma dan susu yang kaya dengan kalsium, vitamin dan mineral.

Selain itu, semasa mengandung anda perlu menjaga pemakanan dan banyakkan makan makanan yang berkhasiat dalam menu hidangan seharian.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian anda.

Cara Banyakkan Susu Badan – Jaga Emosi dan Elakkan Stress

Gangguan emosi dan stress boleh mengganggu penghasilan susu badan.

Selepas bersalin, pasti pelbagai perkara akan merungsingkan fikiran anda walaupun hanya perkara kecil. Cuba elakkan diri anda daripada stress.

Amalkan senaman-senaman ringan yang bersesuaian selepas bersalin kerana ia dapat membantu anda mengurangkan tekanan dan dapat menguatkan mental dan fizikal anda daripada stress. Jangan stress ya ibu-ibu semua.

BACA JUGA : Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lebih Lama – Tips Buat Para Ibu

Cara Banyakkan Susu Badan – Urut Payudara

cara banyakkan susu badan

Urut payudara juga merupakan petua banyakkan susu badan yang boleh anda lakukan.

Urut dengan lembut di sekeliling kawasan payudara anda dan di bahagian belakang badan.

Anda boleh minta bantuan dari ibu atau suami urutkan untuk anda.

Ia akan merangsang payudara anda dalam meningkatkan penghasilan susu badan dengan lebih banyak.

Jika anda tidak pasti bahagian kawasan mana yang patut di urut, anda boleh hubungi tukang urut yang anda kenal berdekatan.

Mereka lebih mengetahui urutan mana yang mampu merangsang penghasilan susu atau anda boleh sahaja google cara urutan susu badan.

Itu sahaja perkongsian kami mengenai cara banyakkan susu badan. Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat buat anda semua. 

Shopping Cart
Scroll to Top
[]