fbpx

Susu Badan – Sumber Nutrisi Terbaik Untuk Anak Anda

Susu badan atau susu ibu merupakan sumber minuman yang bagus untuk tumbesaran bayi.

Susu ibu merupakan sumber minuman yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang sangat diperlukan oleh bayi.

Anda tahu tak bagaimana tubuh anda boleh menghasilkan susu?

Kalau anda ingin tahu, susu ibu terbahagi kepada beberapa jenis.

Mesti ramai yang tak sangka bukan? Dengan itu, artikel kali akan berkisar tentang susu badan yang wajib anda tahu terutamanya bakal-bakal ibu di luar sana.

Jenis Susu Badan

susu badan

Pasti ramai yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa terdapat beberapa jenis susu ibu yang akan dihasilkan oleh tubuh badan.

Secara umumnya, susu ibu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Susu Kolostrum

Susu badan warna kuning akan anda dapati pada peringkat awal penghasilan susu.

Susu kolostrum dikenali sebagai susu awal bayi.

Susu ini dihasilkan semasa kehamilan dan akan terus berlanjutan sehingga beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

2. Susu Transisi

Susu transisi adalah susu yang kaya dengan laktosa, vitamin dan kandungan lemak yang tinggi.

Susu badan jenis transisi ini akan terhasil selepas dua minggu bayi dilahirkan.

Kandungan kalori di dalam susu transisi adalah lebih banyak berbanding susu kolostrum.

3. Susu Matang

susu badan

Susu matang akan mula terhasil pada penghujung minggu kedua selepas bayi dilahirkan.

Ia lebih cair dan mempunyai lebih banyak air berbanding susu transisi.

Susu matang mengandungi hampir 90% kandungan air yang akan membantu bayi anda kekal hydrated.

Lebihan 10% adalah terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak yang sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Susu matang terbahagi kepada dua iaitu:

  • Foremilk – Susu awal yang berada di hadapan payudara dan terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair.
  • Hindmilk – Susu akhir yang berada di belakang payudara dan bersifat lebih pekat.

Susu Badan – Tindakbalas Payudara Apabila Hamil

susu badan

Apabila anda disahkan hamil dan mula memasuki fasa kehamilan, payudara anda akan memberi respon secara semulajadi dengan membuat persiapan awal penyediaan susu ibu.

Payudara akan mula membengkak dan menjadi lembut.

Keadaan ini terjadi apabila penghasilan hormon di dalam tubuh badan anda meningkat.

Selain daripada payudara anda menjadi bengkak dan lembut, kawasan berhampiran puting juga akan memberi respon terhadap perubahan hormon.

BACA JUGA : Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat dan Mudah

Anda akan menyedari bahawa areola atau kawasan berhampiran puting anda akan bertukar warna menjadi gelap serta terdapat bintik-bintik kecil mula muncul di kawasan tersebut.

Perubahan warna pada kawasan areola ini dikatakan merupakan tindak balas semulajadi payudara bagi memberi panduan visual kepada bayi tentang arah yang mereka perlu tuju apabila ingin menyusu.

Bintik-bintik kecil yang muncul di sekitar areola akan menghasilkan bahan berminyak semasa penyusuan bayi anda.

Penghasilan bahan berminyak semasa penyusuan adalah bertujuan untuk melindungi puting anda daripada apa-apa jangkitan selepas penyusuan.

Bagaimana Payudara Mula Menghasilkan Susu Badan?

susu badan

Sebelum ini, kami dah menjelaskan kepada anda tentang tindak balas semulajadi oleh payudara apabila anda hamil.

Akan tetapi, bagaimana pula payudara ini boleh menghasilkan susu. 

Untuk pengetahuan anda, payudara mengandungi beberapa tisu-tisu kelenjar yang akan membesar sepanjang anda hamil.

Salah satu tisu kelenjar yang terdapat di dalam payudara adalah tisu kelenjar susu atau lebih mudah dikenali sebagai kelenjar susu.

Kelenjar susu inilah yang akan menghasilkan susu ibu.

Pada bahagian kelenjar susu pula ia mempunyai dua bahagian utama iaitu alveoli dan duct.

Kedua-dua bahagian ini sangat penting semasa penghasilan susu dan penyusuan susu badan.

Baca Juga : Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lebih Lama – Tips Buat Para Ibu

MASALAH PENGHASILAN SUSU BADAN

Ramai ibu yang mengadu dan mengeluh tentang masalah susu ibu yang mereka alami.

Ada antara mereka mengalami masalah seperti susu badan kering, susu badan tersumbat dan susu badan berkurangan.

Kami faham ia agak mengecewakan bagi anda yang sangat menginginkan bayi untuk mendapat susu ibu yang secukupnya.

Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi jika anda mengalami masalah ini.

Antara faktor yang mempengaruhi penghasilan susu badan adalah:

  • Tisu kelenjar susu yang tidak mencukupi
  • Gangguan hormon
  • Pengambilan ubat-ubatan yang terlarang

Banyak lagi faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu tetapi jangan risau segala masalah yang anda hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

Untuk tahu lebih lanjut tentang komplikasi anda, kami sarankan untuk anda pergi berjumpa doktor perubatan yang arif.

Sekadar itu sahaja perkongsian kami mengenai susu badan. Semoga bermanfaat.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]