fbpx

Bersalin Czer – Sebelum, Semasa dan Selepas

Bersalin czer merupakan salah satu daripada kaedah yang ada untuk membantu proses kelahiran.

Pemilihan cara bersalin adalah bergantung kepada doktor atau bidan yang pakar dalam proses kelahiran.

Kebanyakan ibu hamil akan memilih untuk bersalin secara normal berbanding bersalin czer jika pilihan boleh dibuat.

Namun begitu, sesetengah ibu hamil akan disarankan untuk bersalin czer disebabkan komplikasi ketika hamil yang mampu menjejaskan kesihatan dan keselamtan bayi dan juga ibu semasa proses kelahiran.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua mengenai bersalin czer.

Berapa Lama Luka Bersalin Czer Sembuh?

bersalin czer

Tempoh luka czer sembuh sepenuhnya akan mengambil masa sekitar 6 minggu.

Kesan daripada luka czer juga menyebabkan anda akan mempunyai parut yang jelas di bahagian czer tetapi parut czer ini akan pudar dari masa ke semasa.

Untuk pengetahuan anda, warna parut czer akan mulai pudar daripada merah terang ke merah jambu dan ia juga akan menjadi lebih lembut apabila disentuh.

Biasanya tiada apa-apa cairan yang keluar daripada parut tersebut. Ini merupakan tanda luka czer dah sembuh sepenuhnya.

Apa Perlu Buat Jika Luka Czer Bengkak?

bersalin czer

Selain daripada luka czer bengkak, anda mungkin juga mengalami luka czer terbuka, luka czer berair, dan luka czer berdarah.

Untuk peringkat awal selepas pembedahan czer, gejala-gejala ini adalah gejala normal yang sering berlaku.

Ada sesetengah kes, cecair jernih juga boleh mengalir keluar dari luka tersebut.

Untuk pencegahan awal daripada ia berlaku, anda boleh menyapu ubat cuci luka czer seperti antibiotik topikal pada luka czer anda yang berdarah.

Sehubungan dengan itu, cara mengeringkan luka bernanah czer adalah anda perlu patuh kepada arahan doktor yang merangkumi:

  • Pastikan luka bersih dan kering
  • Tukar pembalut dengan kerap
  • Pakai pakaian yang longgar
  • Luka mesti ditutup

Sekiranya gejala ini masih berterusan sehingga menyebabkan kesakitan yang melampau pada bahagian abdomen bawah anda, maka kami nasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kesan Selepas Bersalin Czer

bersalin czer

Memang betul, bersalin czer sangat memberi impak terutamanya kepada kesihatan wanita.

Pembedahan itu sendiri juga sangat berisiko kepada ibu dan bayi yang ingin dilahirkan.

Antara kesan yang bakal dialami selepas bersalin czer adalah seperti berikut:

  • Sistem imunisasi badan akan berubah
  • Mudah mendapat alergi dan jangkitan
  • Hormon diri berubah-ubah

BACA JUGA : Bersalin Normal – Proses, Fasa dan Tips Mudah Bersalin

Cara Berpantang Selepas Bersalin Czer

Selepas proses kelahiran, setiap ibu akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari dan ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.

Hal ini kerana, ia bertujuan untuk memastikan tubuh anda kembali kuat dan sembuh sepenuhnya sebelum boleh melakukan aktiviti secara normal.

Berapa hari pantang czer? Bagi yang melakukan czer, tempoh berpantang mereka agak lama sedikit berbanding bersalin normal kerana badan anda memerlukan masa yang sedikit lama untuk sembuh daripada luka czer dan diri.

Antara cara atau tips berpantang adalah seperti berikut:

1. Makan makanan yang berkhasiat

Pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting lebih-lebih lagi buat mereka yang bersalin czer.

Pastikan makanan berpantang bersalin czer ini terjaga dari sudut protein, karbohidrat dan tinggi zat.

Menu berpantang bersalin czer adalah sangat banyak dan semuanya sedap-sedap belaka.

Ramai juga ibu-ibu yang bersalin czer sebelum ini berkongsi di media sosial tentang resepi berpantang czer yang boleh anda tiru di rumah.

Amat penting juga untuk anda ambil tahu tentang makanan yang menyebabkan luka czer bernanah kembali, makanan yang boleh menyebabkan bentan pada tubuh, rasa sejuk, sengal-sengal dan lebih penting lagi makanan yang boleh menyebabkan gatal pada kawasan luka czer.

Baca Juga : Makanan Pantang – Simple Namun Tetap Menyelerakan

2. Dapatkan rehat yang secukupnya

Ambil masa yang cukup untuk anda tenangkan fikiran dan beri masa kepada tubuh badan anda untuk sembuh sepenuhnya.

Hal ini kerana, pembedahan adalah proses yang sangat memenatkan dari sudut mental dan fizikal.

3. Kembali aktif

Amat penting untuk anda sentiasa aktif dan cergas selepas pembedahan.

Pastikan anda betul-betul bersedia terlebih dahulu dan yang lebih utama luka czer anda telah sembuh sepenuhnya.

Mulakan dengan melakukan senaman ringan dahulu seperti regangan, pernafasan dan lain-lain.

Ini juga dapat mengurangkan rasa stress dan membantu mengurangkan kekembungan serta mencegah pembekuan darah.

Sekadar itu sahaja perkongsian kali ini mengenai bersalin czer. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda semua. 

Shopping Cart
Scroll to Top
[]