Jika anda bertanyakan ibu-ibu yang sedang hamil, apakah cara bersalin atau melahirkan yang mereka inginkan, pasti majoriti akan memilih untuk bersalin normal.
Kurang jumlahnya jika dibandingkan dengan bersalin secara pembedahan atau panggilan mudahnya adalah czer.
Hal ini kerana ramai yang tidak sanggup untuk menghadapi proses pembedahan yang pastinya amat menyakitkan.
Rasa sakit tersebut akan berpanjangan selepas pembedahan selesai dan akan berlanjutan sehingga sepanjang berpantang.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai apa yang anda perlu tahu berkenaan bersalin normal yang diimpikan oleh setiap ibu mengandung.
Proses Bersalin Normal
Proses melahirkan secara normal ini terbahagi kepada beberapa peringkat dan fasa. Antara peringkat dan fasa tersebut adalah:
Peringkat Pertama
Pada peringkat ini, ia melibatkan proses kelahiran dan pembukaan serviks.
Kepada bakal ibu yang pertama kali melahirkan, proses ini memakan masa yang agak lama dan boleh berlangsung sehingga 7, 8 atau 13 jam untuk selesai.
Tahap pertama ini terbahagi kepada tiga fasa lain:
1. Fasa Awal Kelahiran
Pada fasa ini, kontraksi akan kerap berlaku pada setiap 3 hingga 5 minit.
Serviks pada ketika ini mampu melebar sehingga 4 sentimeter.
Anda masih lagi boleh bergerak untuk membuat persiapan pada fasa ini.
2. Fasa Aktif Kelahiran
Apabila kontraksi rahim semakin kuat, itulah tanda anda sudah masuk kepada fasa aktif dalam kelahiran normal.
Kontraksi akan berlangsung sekitar seminit dan akan lebih kerap berlaku setiap selang tiga hingga empat minit sekali.
Pada saat ini, serviks anda akan melebar sehingga tujuh sentimeter dan anda mestilah segera dibawa ke hospital untuk menjalani proses kelahiran.
Bagi mempercepatkan proses bukaan serviks, air ketuban akan dipecahkan oleh doktor.
Ada juga sesetengah air ketuban mereka akan pecah sendiri dan menyebabkan kontraksi menjadi semakin kuat dan cepat.
3. Fasa Peralihan
Bagi proses kelahiran peringkat pertama, fasa ini adalah fasa yang paling menyakitkan.
Serviks anda akan melebar sepenuhnya kira-kira 10 sentimeter, ditambah pula dengan kontraksi yang menyakitkan dan berterusan pada setiap 2 hingga 3 minit selama 60 ke 90 saat.
Peringkat Kedua
Pada tahap ini, serviks akan melebar sepenuhnya dan kontraksi yang kuat akan membantu mendorong kepala bayi untuk keluar melalui saluran kelahiran.
Pada saat ini, doktor dan pasangan anda akan memberi arahan bila masa yang sesuai untuk meneran.
Jika ruang kelahiran agak sempit, doktor akan membuat decision untuk membuat episiotomi bagi melebarkan bukaan saluran kelahiran agar bayi mudah diteran keluar.
Fokus anda adalah teran sehabis baik sehingga bayi berjaya keluar.
Sakit Bersalin Normal
Setiap kelahiran akan memberi rasa sakit yang berbeza.
Boleh diibaratkan rasa sakit semasa melahirkan ini seakan-akan kekejangan yang sangat menyakitkan pada bahagian bawah abdomen ketika haid.
Ada juga sesetengah wanita berkongsi bahawa meneran bayi keluar adalah seperti anda ingin membuang air besar.
BACA JUGA : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?
Cara Bersalin Normal
Melahirkan secara normal ini adalah lebih baik dilakukan oleh bidan dan doktor yang bertauliah.
Anda akan diminta untuk bertenang dan tidak panik.
Anda hanya perlu turut sahaja arahan daripada doktor pada masa yang sesuai untuk meneran bayi keluar.
Apabila kontraksi pada tahap kemuncak, anda harus meneran dengan sehabis daya.
Semasa kontraksi reda, anda perlu ambil masa ini untuk berehat sebentar.
Ramai juga yang tanya tentang cara bersalin normal tanpa jahitan.
Bagi kami, tiada jaminan bahawa koyakan tidak akan berlaku.
Akan tetapi, ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko koyakan
- Timing untuk meneran
- Urut perineum
Anda boleh lakukan sedikit kajian mengenai alternatif di atas.
Cara Mudah Bersalin Normal
Antara salah satu tips bersalin normal bagi yang inginkan proses kelahiran mereka berjalan lancar dan mudah adalah seperti berikut:
- Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- Sentiasa aktif ketika hamil
- Ikuti kelas pranatal
- Tidur secukupnya
- Urutan sebelum bersalin
Untuk mendapat gambaran awal berkenaan proses melahirkan secara normal, anda boleh lihat gambar bersalin normal dan video bersalin normal di Google dan Youtube.
Anda boleh gunakan kata kunci di bawah sebagai carian di Google:
- Proses bersalin normal youtube
- Video bersalin normal terbaru
- Bersalin normal video
BACA JUGA : Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda
Doa Mudah Melahirkan Secara Normal
Terdapat pelbagai doa yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses kelahiran. Antaranya adalah seperti berikut:
- Surah Maryam Ayat 26
- Surah Al-Imran Ayat 38
- Surah Anbiya Ayat 89
Apa Perlu Buat Selepas Bersalin?
Terdapat beberapa saranan dan nasihat yang boleh kami kongsikan untuk anda aplikasikan selepas kelahiran.
Antara perkara penting yang anda perlu tahu selepas kelahiran adalah seperti berikut;
- Tanda luka jahitan bersalin normal sudah sembuh
- Luka jahitan bersalin normal
- Lihat gambar jahitan bersalin normal terbuka
- Makanan dalam pantang bersalin normal
- Posisi tidur selepas bersalin normal
Bagi makanan pantang bersalin normal, informasi dan idea, kami akan kongsikan dalam perkongsian lain.
BOLEH BACA DISINI : Makanan Pantang – Simple Namun Tetap Menyelerakan
Itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai bersalin normal. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada bakal ibu diluar sana.