fbpx

Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lebih Lama – Tips Buat Para Ibu

“Macam mana cara simpan susu badan untuk ibu bekerja?”

“Kalau nak travel, macam mana cara simpan susu ibu semasa travel?”

“Tahu tak cara simpan susu ibu dalam plastik?”

“Bagaimana cara simpan susu ibu dalam cooler bag?”

Soalan-soalan diatas merupakan antara keluhan dan persoalan yang sering kami dengar daripada ibu-ibu di luar sana.

Ada juga yang terpaksa menyambung pekerjaan mereka di saat bayi masih lagi memerlukan susu badan.

Sebenarnya susu badan boleh disimpan dan disusukan kepada bayi tanpa ada kehadiran ibu mereka. 

Namun begitu, cara simpan susu badan hendaklah dilakukan dengan betul supaya ia tidak rosak dan selamat diminum oleh bayi anda.

Oleh itu, amat penting untuk para ibu tahu cara menyimpan susu badan dengan betul agar bayi anda sentiasa mendapat susu badan yang mencukupi.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda cara simpan susu badan dengan betul. Jom baca!

Cara Simpan Susu Badan – Cari Bekas Yang Sesuai

cara simpan susu badan

Bekas yang sesuai untuk penyimpanan susu badan adalah bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik kedap udara seperti botol kaca yang ditutup dengan ketat atau beg khas untuk susu ibu seperti cooler bag.

Kami ingin nasihatkan anda untuk tidak memakai beg plastik lain yang bukan direka khas untuk menyimpan susu badan.

Hal ini kerana ia berisiko tinggi untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.

Apa yang lebih utama adalah anda perlu memastikan bekas yang anda pilih adalah bersih.

Jika masih kotor, bersihkan terlebih dahulu dengan sabun atau bilas dengan air untuk memastikan tiada kuman melekat pada bekas tersebut.

Anda boleh mensterilkan atau membersihkan bekas yang anda pilih dengan merendam ia di dalam air panas untuk beberapa minit.

Cara Simpan Susu Badan – Simpan Dalam Peti Sejuk

cara simpan susu badan

Cara penyimpanan susu ibu dalam peti sejuk mestilah dilakukan dengan betul.

Susu yang telah dipam keluar mestilah dimasukkan sesegera mungkin ke dalam peti sejuk.

Hal ini kerana ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 4 jam.

Manakala jika anda menyimpannya di dalam cooler bag pula, ia mampu bertahan selama 7 hingga 8 jam sahaja.

Labelkan tarikh dan masa supaya mudah untuk diingati dan disusun mengikut tarikh.

Selain itu, membahagikan susu yang dipam kepada beberapa botol merupakan salah satu cara simpan susu badan yang baik.

Jika bayi anda hanya perlu setengah daripada botol, maka pastikan setiap botol mengandungi setengah susu sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu badan anda.

Hal ini kerana, susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh disimpan kembali.

Anda juga dilarang untuk campur baki susu anda yang lama dengan susu yang baru.

Suhu Dan Tempoh Masa Penyimpanan Susu

Cara Simpan Susu Badan

Jika cara simpan susu ibu selepas diperah dilakukan dengan betul, ia boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam pada suhu bilik dan suhunya perlu kurang daripada 25 darjah Celcius.

Selepas daripada itu, susu perlu ditempatkan dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah Celcius.

Pastikan cara simpan susu dalam cooler bag adalah betul.

Hal ini kerana, jika cooler bag tidak mencapai suhu yang sesuai bagi penyimpanan susu, ia boleh menyebabkan susu menjadi basi dan rosak.

Selain itu, salah satu cara simpan susu buat ibu bekerja adalah dengan mengepam susu anda semasa anda berada di tempat kerja dan simpan dalam peti sejuk jika ada.

Pastikan susu badan anda sentiasa berada dalam peti sejuk dan tidak selalu dikeluarkan oleh rakan sekerja.

Jangan lupa bagitahu rakan sekerja anda, takut ada yang tersilap ambil pula.

Jika tiada peti sejuk di tempat anda bekerja, anda perlu mengepam susu badan anda mengikut masa yang telah disarankan oleh doktor ketika anda berada dirumah supaya kuantiti susu yang disimpan mencukupi untuk bayi anda.

Salah satu daripada koleksi breast pump oleh Bearmom. (KLIK GAMBAR)

LIHAT JUGA : Koleksi Breast Pump Bearmom

Panaskan Terlebih Dahulu

cara simpan susu badan

Selepas dikeluarkan daripada peti sejuk, cara terbaik untuk memanaskan susu badan yang beku adalah dengan merendam botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas berisi air panas.

Jangan panaskan susu badan dengan microwave atau diatas dapur.

Pemanasan susu ibu menggunakan microwave atau dapur akan menyebabkan kerosakan pada nutrisi dan khasiat susu badan anda.

Jika anda agak sukar untuk dapatkan air panas, anda boleh gunakan bottle warmer yang sangat konvenien buat ibu-ibu semua.

Cucuk sahaja di plug, dan letak botol susu di dalam bottle warmer.

Koleksi Portable Warmer oleh Bearmom. (KLIK GAMBAR)

Pilih setting yang betul dan ia dengan sendirinya akan panaskan susu badan anda. Mudah bukan?

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai cara simpan susu badan. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]