fbpx

Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

“Tahniah, Puan disahkan hamil 1 minggu”

Inilah ayat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan pasangan yang sedang menantikan saat ini.

Akhirnya tiba giliran anda untuk bergelar seorang ibu mengandung dan bakal mendapat cahaya mata.

Namun begitu, masih ada sesetengah ibu mengandung yang keliru dan tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan dan apa akan terjadi pada diri mereka apabila sudah ‘berbadan dua’.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda semua tips dan informasi yang bermanfaat buat setiap ibu mengandung. Jom baca.

Emosi Tidak Stabil

ibu mengandung

Pada fasa awal kehamilan tubuh anda akan mengalami perubahan hormon.

Perubahan hormon ini berlaku bertujuan untuk menyesuaikan tubuh anda dengan kehadiran janin.

Perubahan hormon progesteron dan estrogen juga berkait dengan mood swings atau perubahan emosi.  

Emosi ibu mengandung boleh dianggap tidak stabil disebabkan perubahan hormon yang sedang memuncak.

Rasa marah, meradang, menangis atau sentap secara tiba-tiba adalah perubahan emosi yang sering dialami oleh setiap ibu yang hamil.

Buat para suami, sekiranya isteri anda tiba-tiba beremosi tak ketahuan punca, anda kena ingat bahawa itu semua hanya kerana perubahan hormon sahaja.

Janganlah pula anda terasa hati apabila mereka bertindak sedemikian.

Tips Ibu Mengandung Anak Pertama

Buat wanita yang pertama kali hamil, terdapat beberapa tips yang ingin kami kongsikan dengan anda.

Ia juga termasuk dalam kategori apa yang perlu anda buat setelah disahkan hamil buat kali pertama.

BACA JUGA : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

1. Buat buku pink ibu mengandung

ibu mengandung

Buku pink ini memang sangat diperlukan setiap kali anda hamil.

Kalau anda tanya kepada ibu anda, pasti mereka juga pernah buat buku pink semasa mengandungkan anda.

Apa sebenarnya buku pink ibu mengandung ini?

Buku pink adalah buku rekod dan temujanji pemeriksaan antenatal.

Pergilah ke klinik kesihatan ibu mengandung yang terdekat dan maklumkan kepada mereka bahawa anda pertama kali hamil.

Jururawat akan menyediakan buku pink setelah pemeriksaan dilakukan.

Antara pemeriksaan antenatal yang akan dilakukan adalah seperti;

  • Pemeriksaan tinggi dan berat
  • Tarikh dijangka bersalin (EDD)
  • Ujian air kencing

2. Amalkan pemakanan yang sihat

Pengambilan makanan yang tinggi khasiat sangat penting untuk setiap ibu mengandung agar bayi anda akan membesar dengan baik.

Jauhi dari mengambil minuman beralkohol, makan makanan ringan atau makanan segera.

Tidak salah untuk anda makan makanan tersebut tetapi nasihat kami adalah untuk anda kurangkan pengambilannya atau seelok-eloknya cuba elakkan.

Kami faham ada sesetengah daripada anda mengidam untuk makan makanan tertentu.

Akan tetapi, anda perlu pastikan pengambilan makanan yang tidak sihat ini perlu dikurangkan.

BACA JUGA : Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda

3. Jauhi Rokok

ibu mengandung

Hentikan tabiat merokok jika anda seorang perokok.

Merokok memang terbukti sebagai salah satu punca keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan.

Merokok merupakan pantang larang ibu mengandung yang setiap wanita perlu tahu jika mereka seorang perokok.

Begitu juga jika suami anda seorang perokok, sila pastikan anda tidak berada berhampiran dengan mereka semasa mereka merokok.

Banyak kajian mengatakan bahawa, second-smoker juga boleh menyebabkan keguguran disebabkan oleh asap rokok yang dihidu.

Perut Ibu Mengandung

Selain daripada perubahan hormon dan emosi yang ketara, setiap wanita yang hamil akan mengalami perubahan fizikal. Saiz perut ibu mengandung mengikut bulan akan berubah-ubah. 

Tentu anda tertanya-tanya, bagaimana perut anda akan membesar nanti?

Untuk lebih jelas, anda boleh melihat gambar ibu mengandung di Google seperti dibawah untuk mendapatkan gambaran awal saiz perut anda yang akan berubah mengikut minggu nanti.

Pada minggu 1 hingga minggu 12, tiada perubahan ketara yang boleh dilihat pada perut anda.

Anda akan mula perasan bahawa saiz pinggang anda semakin membesar dan seluar anda mungkin menjadi ketat dalam tempoh ini.

Masuk minggu ke 12, baby bump mula jelas kelihatan pada perut anda.

Benjolan kecil pada perut semakin jelas menandakan fasa pertengahan perkembangan saiz bayi.

Pada minggu ke 12 dan ke atas, perut anda akan semakin membesar dan pada ketika ini, anda mungkin akan mengalami sakit pinggang untuk menampung perut anda yang semakin besar. 

Peningkatan saiz perut akan bergantung pada tumbesaran bayi anda. Jika bayi anda  aktif, pasti perut anda juga besar.

Jangan risau itu tandanya bayi anda sihat.

Sekadar itu sahaja perkongsian kami mengenai ibu mengandung. Semoga bermanfaat.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]