fbpx

Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

Buat semua bakal ibu pasti anda sedang berada dalam dilema perasaan kan? Ada yang agak teruja tapi dalam masa yang sama berasa bimbang dan berdebar kerana tidak tahu apa sebenarnya tanda bersalin semakin hampir yang akan berlaku kepada mereka.

Jangan risau, ia adalah perkara normal buat wanita yang bakal bersalin buat kali pertama.

Yelah, saat yang dinantikan selama 9 bulan hamil bakal tiba.

Setiap bakal ibu yang pertama kali hamil, pasti tertanya-tanya adakah tanda-tanda yang mereka alami ini adalah tanda bersalin semakin hampir?.

Kami di Bearmom juga faham akan kekeliruan yang anda hadapi. Disebabkan itulah kami berasa terpanggill untuk berkongsi menerusi artikel kali ini.

Kami sediakan khas untuk berkongsi kepada semua bakal ibu tentang tanda tersebut.

Sama ada anda bakal bersalin normal, bersalin czer atau bersalin dalam air, kesemua tanda nak bersalin yang akan dilalui adalah hampir sama sahaja.

Jom siap sedia bakal ibu!

Tanda Bersalin Semakin Hampir

Informasi mengenai tanda bersalin semakin hampir sangat penting untuk semua bakal ibu dan bakal ayah ambil tahu.

Hal ini supaya anda dapat membezakan yang anda betul-betul dah nak bersalin atau ia hanya perasaan anda semata-mata.

tanda bersalin semakin hampir

Namun ia mungkin agak susah untuk kami gambarkan secara terperinci kesemua tanda-tanda ini.

Hal ini kerana, setiap tanda yang dialami oleh setiap bakal ibu adalah berbeza. 

Namun secara asasnya, tanda-tanda yang bakal kami kongsikan ini tidaklah terlalu jauh bezanya.

Ia sedikit sebanyak akan dapat membantu anda dalam persediaan bersalin.

Bakal bapa juga tidak terkecuali dalam persiapan bersalin isteri mereka.

Lebih menarik lagi, tanda bersalin yang bakal kami kongsikan juga merupakan tanda awal bersalin yang sering ditanya bagi:

  • tanda bersalin 7 bulan
  • tanda bersalin 35 minggu
  • tanda bersalin 37 minggu
  • tanda bersalin 38 minggu
  • tanda bersalin 39 minggu

BACA JUGA : Payudara Membengkak Dan Sakit, Ketahui 4 Simptom Awal Bengkak Susu Serta Cara Untuk Merawatnya

1. Rasa kandungan seperti “turun” ke bawah

tanda bersalin semakin hampir

Dalam minggu-minggu terakhir fasa kehamilan, tanda ini juga merupakan tanda utama bagi tanda seminggu sebelum bersalin.

Anda akan merasakan kandungan anda seakan-akan bergerak ke bahagian bawah perut anda.

Buat yang pertama kali melaluinya, anda pasti akan sedar akan pergerakan kandungan anda ini.

Namun bagi yang  pernah bersalin sebelum ini, pergerakan ini mungkin tidak terasa sangat kerana otot pelvis anda sudah merenggang.

2. Tanda bersalin semakin hampir – Menggigil seluruh badan

Menggigil seluruh badan juga merupakan tanda bersalin semakin hampir. Kebiasaannya anda akan menggigil pada waktu malam, walaupun ketika cuaca tidaklah sejuk.

Mungkin anda akan menganggap ia sebagai suatu perkara yang biasa.

Namun ia sebenarnya adalah tanda badan anda sedang melepaskan tekanan.

Anda rasakan ia mungkin kerana anda terlalu nervous menunggu tarikh bersalin.

Salah satu tips yang berkesan untuk mengatasi masalah keresahan adalah dengan melakukan senaman mudah dan regangan yang sesuai untuk ibu mengandung.

BACA JUGA : Tanda Hamil – Tanda Yang Membawa Kegembiraan

3. Kontraksi Braxton-Hicks

tanda bersalin semakin hampir

Salah satu tanda bersalin semakin hampir adalah anda akan kerap mengalami kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi ini datang tidak menentu dan ia agak menyakitkan.

Walaupun kesakitannya tidak sama seperti kontraksi semasa bersalin, tapi kontraksi Braxton-Hick ini boleh berlarutan sehingga 4 hingga 5 minit.

Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba untuk mengubah posisi anda dengan duduk atau berjalan.

Ia dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit yang dialami. 

Sebenarnya, banyak lagi tanda bersalin semakin hampir yang kami ingin kongsikan.

Ini hanya asas yang kebiasaannya ibu mengandung alami sebelum bersalin.

Tanda-tanda diatas cukup sekadar bakal ibu dapat membezakan sama ada ini hanya tanda normal semasa hamil atau tanda betul-betul nak bersalin.

Doa Dipermudahkan Bersalin

Kami di Bearmom juga ingin berkongsi sedikit tips buat ibu hamil yang sedang menunggu masa untuk bersalin berkenaan doa mudah bersalin yang boleh diamalkan buat bakal ibu.

Disini kami kongsikan beberapa doa yang diambil daripada ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh diamalkan agar proses bersalin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar:

  • Surah Maryam Ayat 26
  • Surah Ali Imran Ayat 38
  • Surah Faatir Ayat 11
  • Surah Al Anbiya Ayat 79
  • Surah An Nahl Ayat 78

Dengan izin Allah, urusan dan proses melahirkan bayi yang comel pasti berjalan lancar dan dipermudahkan.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan tanda bersalin semakin hampir. Semoga bermanfaat.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]