Ibubapa muda perlu memberi perhatian lebih kepada bayi baru lahir.
Dari bayi kecil yang tidak berdaya sehingga menjadi seorang anak kecil yang aktif, ia memerlukan kualiti masa yang terbaik sejak dari lahir.
Dalam masa yang sama ibubapa muda perlu juga memastikan perkembangan bayi anda berada pada landasan yang baik.
Artikel kali ini kami tidak mahu menyentuh berkenaan bagaimana untuk menjaga bayi anda yang baru dilahirkan.
Akan tetapi kami ingin berkongsi masalah yang sering terlepas pandang pada bayi yang baru lahir.
Masalah Yang Sering Terlepas Pandang
Apabila anda melihat bayi anda buat pertama kalinya, anda pasti akan teruja.
Mana tidaknya, anda dan pasangan telah menunggu selama 40 minggu kehadiran si kecil ini.
Akan tetapi, keterujaan anda boleh membawa mimpi ngeri jika anda tidak begitu teliti tentang masalah yang si kecil anda sedang hadapi.
Sistem imun, sistem pencernaan, kekuatan tulang dan sebagainya masih berada dalam fasa yang sedang terbentuk.
Antara masalah yang biasa dialami oleh bayu baru lahir adalah:
1. Bayi Baru Lahir Demam
Demam merupakan tanda lazim bahawa tubuh badan bayi berupaya melawan penyakit dan ia sangat penting untuk sistem kekebalan tubuh bayi.
Normal bacaan suhu bayi yang demam adalah pada 38 darjah celsius lebih tinggi daripada suhu demam orang dewasa.
Ini disebabkan oleh tubuh badan bayi yang sedang bertindak balas dengan suhu persekitaran.
Anda dinasihatkan untuk membedung bayi anda supaya suhu badan bayi berada pada tahap yang optimum seperti di dalam rahim.
Tetapi anda perlu berwaspada apabila suhu badan bayi terlalu tinggi kerana ia akan mengakibatkan sawan.
2. Bayi Ada Kahak
Kebiasaannya, anda tidak perlu risau jika pernafasan bayi anda berbunyi ketika tidur kerana ia adalah normal.
Namun, anda perlu memperhatikan corak pernafasan bayi kerana ia mungkin mempunyai masalah kahak.
Antara corak pernafasan yang berkahak adalah bunyi berdehit, batuk yang serak, batuk yang dalam, bunyi bersiul dan pernafasan yang tercungap-cungap.
Jika anda mendapati terdapat tanda-tanda tersebut, anda disarankan untuk segera hilangkan kahak bayi dengan tepuk percussion atau menyedut kahak bayi anda.
Kahak boleh menyebabkan kesukaran bernafas pada bayi anda dan boleh menyebabkan masalah kronik sehingga membawa maut.
3. Bayi Baru Lahir Kerap Berak
Bayi yang baru lahir yang menyusu badan akan kerap berak sekitar 3 hingga 12 kali sehari dan bayi yang meminum susu formula akan berak 1-4 kali sehari.
Selepas sebulan, kebanyakan bayi akan membuang air besar setiap hari atau setiap dua hari sekali.
Apa yang anda perlu risau adalah jika bayi baru lahir tidak berak dan bayi baru lahir tidak kencing.
Jika perkara ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar secepat mungkin
Baca Juga : Persediaan Bersalin – Checklist Simple Khas Untuk Anda
4. Bayi Tak Nak Menyusu
Sering kali selepas kelahiran, bayi akan kelihatan sangat tidak berminat dengan susu dan bayi anda kuat tidur.
Akan tetapi, jika bayi anda terlalu jarang menyusu boleh menyebabkan bayi anda kekurangan nutrisi untuk tumbesarannya.
Ada kemungkinan juga terdapat sesuatu perkara yang menghalang bayi anda dari menyusu.
Antara faktor bayi tidak mahu menyusu adalah bayi pramatang, ubat penahan sakit dan sebagainya.
Anda disarankan untuk memaksa juga bayi anda menyusu untuk mengelakkan bayi baru lahir kembung perut.
Itu sahaja perkongsian kami berkenaan bayi yang baru sahaja lahir.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memastikan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa.
Sekian terima kasih.