fbpx

Alahan Mengandung – Cara Hilangkan Alahan Dengan Mudah

Bila sebut mengenai mengandung, selain daripada kandungan dalam badan, apa yang paling dirisaukan oleh wanita adalah alahan mengandung yang bakal mereka alami.

Betul. Tambah-tambah jika anda pernah mengandung sebelum ini.

Jika pengalaman tersebut tidak berapa menarik, pasti ia akan tetap mengganggu untuk satu tempoh masa yang panjang.

Namun, ada juga para ibu yang bernasib baik kerana mereka tidak mengalami semua ini sebaliknya suami mereka yang mengalaminya.

Para suami pun boleh jadi serik sebenarnya.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda jenis alahan mengandung dan cara untuk anda hilangkan alahan mengandung dengan mudah.

Jenis Alahan Mengandung

alahan mengandung

Kebiasaannya para bakal ibu akan mengalami alahan seperti loya atau kurang selesa dengan tubuh badan.

Jika ditanya alahan mengandung seawal berapa minggu atau bila alahan mengandung bermula, susah untuk dijawab kerana ada yang mengalaminya pada minggu awal kehamilan.

Ada juga yang mengalaminya di tengah-tengah fasa kehamilan.

Malah, ada juga yang mengalaminya pada fasa akhir kehamilan.

Ada yang lebih teruk, mereka terpaksa menanggung alahan sepanjang tempoh kehamilan.

Apa yang boleh kami kongsikan dengan anda adalah beberapa langkah mudah untuk anda hilangkan alahan mengandung ini.

Cara Hilangkan Alahan Mengandung

Cara atasi alahan mengandung ini mungkin tidak mampu untuk menghilangakannya secara menyeluruh.

Paling tidak, kami harapkan ia mampu untuk mengurangkan sedikit sebanyak alahan tersebut untuk anda.

1. Hilangkan Alahan Mengandung – Bangun Awal

alahan mengandung

Pakar perubatan ada mengatakan bahawa rasa loya atau mual ini berkemungkinan besar disebabkan oleh anda bangun terus daripada katil sebaik sahaja terjaga.

Sebaiknya, anda bangun lebih awal dan berikan masa untuk tubuh badan anda berehat sebentar sebelum bangun dari katil.

Baca Juga : Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

2. Sediakan Snek

Antara punca kenapa anda mengalami alahan ini adalah disebabkan oleh perut anda yang kosong sewaktu anda tidur malam.

Jadi, cara terbaik adalah sediakan snek seperti roti, biskut, buah atau apa-apa sahaja yang mudah untuk dimakan di tepi katil anda.

Sebaik sahaja anda terasa lapar, bangun dan makan sedikit untuk mengelakkan perut anda daripada terus kosong.

Ia akan membantu anda daripada berasa lapar dan juga mengurangkan asid perut.

3. Makanan Sesuai Untuk Ibu Alahan Mengandung

Sebenarnya segala makanan selain makanan yang perlu dielakkan seperti makanan yang boleh menyebabkan keguguran, semuanya boleh dimakan untuk mengurangkan alahan.

Cubalah untuk makan dalam kuantiti yang sedikit namun secara kerap bagi mengelakkan perut daripada menjadi kosong.

Perut yang kosong akan menyebabkan angin atau asid refluks untuk memberikan kesan kepada badan.

Selain itu, elakkan juga daripada makan terlebih banyak sehingga anda menjadi terlalu kenyang.

Baca Juga : Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda

4. Minum Air Kosong

alahan mengandung

Sama seperti individu lain, ibu mengandung juga perlu memastikan mereka mendapatkan jumlah air yang mencukupi setiap hari.

Bagi mengekalkan keadaan badan yang sihat, anda perlu mengamalkan pengambilan 6-8 gelas air dalam sehari.

Elakkan juga minum minuman yang boleh mengakibatkan alahan semakin teruk seperti:

  • Minuman berkafein
  • Minuman manis
  • Minuman berkarbonat
  • Minuman beralkohol

5. Makanan Berprotein Tinggi

Kalau anda perasan, makanan berprotein tinggi biasanya akan membantu anda untuk kekal kenyang lebih lama.

Selain itu, ia juga membantu daripada asid perut anda untuk keluar secara berlebihan.

Antara makanan yang mampu untuk membantu kurangkan alahan adalah:

  • Ikan
  • Kacang
  • Telur

Ada juga makanan yang anda perlu kurangkan atau elakkan pengambilannya seperti:

  • Makanan pedas
  • Makanan berlemak
  • Makanan berasid
  • Makanan bergoreng

Baca Juga : Makanan Pantang – Simple Namun Tetap Menyelerakan

6. Pengambilan Multivitamin

alahan mengandung

Pastikan anda mengambil multivitamin dan juga asid folik sebelum, semasa dan selepas mengandung.

Hal ini kerana ia telah dibuktikan bahawa ia mampu untuk membantu memberikan kelegaan dan juga mengurangkan rasa loya serta alahan mengandung.

Antara lain yang anda boleh lakukan adalah kekal dalam keadaan yang positif setiap masa dan elakkan daripada berasa stress.

Penting juga untuk suami, ahli keluarga dan mereka di sekeliling memahami keadaan ibu mengandung ini.

Jangan letakkan mereka di dalam situasi yang sangat menekan.

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai alahan mengandung. Anda juga boleh jadikan amalan ketika mengandung sebagai salah satu daripada amalan dan doa hilangkan alahan mengandung.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]