fbpx

Cara Basuh Uri – Khas Buat Bakal Bapa

Sebenarnya masih ramai lagi dalam kalangan bakal ibu atau bapa yang tidak tahu bahawa mereka perlu pelajari cara basuh uri dan tanam uri tersebut.

Buat bakal ibu, kebanyakan ahli keluarga atau saudara mara akan mengatakan kepada mereka supaya tak perlu ambil kisah pun berkenaan uri.

Biar suami yang uruskan semua tu.

Tapi itulah silapnya jika suami sendiri pun tak tahu bahawa mereka perlu membasuh uri tersebut dan menanamnya.

Jangan risau. Sebab itulah dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara basuh uri dengan betul.

Jom baca!

Cara Basuh Uri Dalam Islam

cara basuh uri

Di dalam Islam, uri ini dibasuh dan ditanam sebagai penghormatan kerana ia pernah menjadi sebahagian daripada bayi dalam kandungan.

Jadi sebab itulah anda perlu belajar cara basuh uri bayi ini dengan betul.

Langkah-langkah membasuh uri adalah seperti berikut:

1. Bahan Perlu Disediakan – Cara Basuh Uri

Bahan yang anda perlu sediakan adalah:

  • Uri
  • Garam
  • Asam Jawa
  • Kain putih

2. Baca Bismillah

Mulakan proses membasuh uri tersebut dengan Bismillah.

Buka bungkusan dan keluarkan uri daripada bungkusan tersebut.

Letakkan uri didalam besen atau tempat yang mudah untuk anda basuh dengan air yang mengalir.

3. Basuh Sehingga Darah Berhenti Mengalir

Terus alirkan air sehingga darah daripada uri tersebut berhenti mengalir keluar.

Pastikan darah tersebut mengalir terus ke dalam tanah jika anda membasuh diluar rumah atau pastikan ia mengalir masuk ke dalam lubang saluran air.

Baca Juga : Bersalin Czer – Sebelum, Semasa dan Selepas

4. Campur Bahan

Cara Basuh Uri

Cara basuh uri seterusnya adalah dengan campurkan bahan seperti asam jawa dan garam tadi.

Lumurkan campuran tersebut pada uri.

Pastikan lumuran tersebut adalah menyeluruh.

Hal ini bertujuan untuk mengurangkan bau hanyir pada uri tersebut.

5. Basuh Dengan Air

Cara Basuh Uri

Selesai semuanya, basuh dengan air sehingga bersih.

Pastikan tiada lagi darah yang mengalir keluar dan bau hanyir.

Ia adalah penting bagi mengelakkan haiwan liar datang mencari atau menggali uri tersebut selepas ditanam.

6. Bungkus Uri

Kain putih yang anda sediakan tadi akan digunakan untuk membalut uri yang telah dibasuh.

Letakkan uri diatas kain putih tersebut dan sediakan tali juga untuk mengikat bungkusan tersebut.

Pastikan anda mengikatnya dengan kemas.

Jika anda mempunyai plastik kalis air, gunakan ia juga sebagai balutan tambahan.

Baca Juga : Bersalin Normal – Proses, Fasa dan Tips Mudah Bersalin

7. Gali Lubang

Sebelum anda mula menanam uri tersebut, pastikan anda menggali lubang terlebih dahulu.

Gali lubang di kawasan yang selamat seperti di halaman rumah anda.

Kedalaman lubang pula adalah sekitar 1.5 kaki bagi memastikan ia berada didalam kedalaman yang selamat.

8. Tanam Uri

cara basuh uri

Sebelum menanam uri tersebut, bacalah Bismillah sekali lagi.

Pastikan anda menimbus tanah selepas menanam uri tersebut dengan sebaiknya.

Letakkan sesuatu diatas tanah tersebut sebagai tanda.

Mudah je kan cara basuh uri ni?

Buat para isteri, apa kata anda kongsikan perkongsian ini dengan suami anda supaya dia lebih bersedia dan tahu bagaimana cara basuh uri dan tanam dengan betul.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]