Isu kesuburan wanita pastinya akan menjadi diantara topik penting terutamanya sebelum berkahwin atau selepas berkahwin namun masih belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata.
Namun, bukanlah setiap masanya berkaitan dengan masalah kesuburan.
Ia juga boleh disebabkan oleh kesuburan daripada pihak lelaki.
Namun, dalam artikel kali ini kami berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai kesuburan wanita.
Kesuburan Wanita Selepas Haid
Bagi sesetengah wanita, samada yang pernah bersalin atau belum, jika sukar untuk mendapatkan zuriat seterusnya, pasti mereka akan berasa risau akan tahap subur mereka.
Ada kemungkinan saat bersama suami tersebut bukanlah pada saat anda paling subur iaitu pada saat berlakunya ovulasi.
Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid normal, ovulasi biasanya berlaku sekitar dua minggu sebelum anda datang haid.
Pada tempoh ini, anda boleh bersama suami dengan sekerap yang mungkin kerana pada masa ini waktu kesuburan wanita paling tinggi.
Antara lain yang termasuk dalam kategori ini adalah:
- Kesuburan wanita selepas bersalin
- Kesuburan wanita setelah haid beberapa hari
- Kesuburan wanita berapa hari
Tips Meningkatkan Kesuburan Wanita
Antara cara yang kami cadangkan adalah seperti berikut:
1. Melakukan Hubungan Seksual Pada Waktu Subur
Seperti apa yang kami kongsikan tadi, ovulasi biasanya berlaku dua minggu sebelum anda datang haid.
Ada juga yang mengatakan hari yang paling subur adalah dalam tempoh 6 hari.
Hari-hari tersebut adalah pada hari berlakunya ovulasi itu sendiri dan juga 5 hari selepas hari ovulasi.
Ada juga yang menggunakan aplikasi untuk memantau dan mengira waktu subur ini.
Namun, kiraannya juga tidak berapa tepat.
Jadi, lebihkan bersama dalam tempoh tersebut jika anda benar-benar merancang untuk hamil.
2. Mengawal Berat Badan
Tidak kira samada anda sebagai isteri atau suami anda, kedua-duanya perlulah menjaga berat badan dengan sebaiknya.
Sebagai wanita, berat berlebihan atau terlebih kurang, kedua-duanya mampu untuk memberikan masalah kepada anda.
Buat mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, tempoh untuk mereka hamil akan mengambil masa dan usaha dua kali lebih banyak.
Begitu juga buat mereka yang kurang berat badan atau terlalu kurus.
Mereka memerlukan masa dan usaha empat kali ganda lebih banyak untuk hamil.
Baca Juga : Senaman Kegel – Senaman Terbaik Sebelum dan Selepas Bersalin
3. Makanan Untuk Kesuburan Wanita Agar Cepat Hamil
Sebenarnya tiada makanan secara spesifik yang mampu untuk membantu tahap kesuburan.
Namun, apa yang boleh kami cadangkan adalah mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
Untuk memastikan anda mampu meningkatkan kesuburan, anda perlu pastikan segala nutrien dibawah ini diambil dengan mencukupi:
- Kalsium
- Protein
- Zat besi
Ada banyak jenis makanan yang anda boleh ambil untuk mendapatkan segala nutrien tersebut.
Apapun, pastikan anda makan dalam jumlah yang tidak berlebihan.
Makanan sunnah untuk kesuburan wanita seperti kurma, kismis dan lain-lain juga boleh diamalkan.
Kita sendiri sedia maklum bahawa makanan-makanan sunnah mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Baca Juga : Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda
4. Kekal Aktif
Penting juga bagi seorang wanita untuk kekal aktif dalam kehidupan sehariannya.
Apa yang anda boleh lakukan adalah melakukan senaman secara berkala.
Namun, jangan terlebih pula dalam bersenam, bersukan atau beriadah.
Hal ini kerana terdapat kajian yang mengatakan bahawa jika terlebih dalam melakukan aktiviti fizikal, ia akan memberikan terhadap ovulasi.
Benarlah kata orang tua-tua, buat apa-apa janganlah dibuat berlebihan. Cukuplah berpada-pada.
Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai kesuburan wanita.
Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.