fbpx

Mengandung – Persoalan dan Masalah Yang Biasa Dialami

Mengandung merupakan diantara fasa yang paling dinantikan oleh wanita yang berkahwin.

Ia merupakan satu bentuk kegembiraan yang akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat para ibu.

Pada ketika inilah emosi para ibu menjadi sedikit bercelaru kerana didalam kegembiraan menanti masa kelahiran, mereka juga akan diuji dengan alahan, kesakitan, kepenatan dan lain-lain lagi.

Namun percayalah wahai bakal ibu bahawa semua ini akan menjadi satu memori dan pengalaman indah diantara anda dan si comel anda suatu hari nanti.

Dalam perkongsian kali ini kami akan menyentuh beberapa topik atau persoalan yang sering ditanyakan oleh bakal ibu berkenaan mengandung. Jom baca!

Mengandung Luar Rahim

mengandung

Ia turut dikenali sebagai ectopic pregnancy (kehamilan ektopik) dimana ectopic membawa maksud di tempat yang salah.

Seperti namanya yang kita kenali dalam Bahasa Malaysia, ia membawa maksud bahawa proses kehamilan tersebut berlaku di luar rahim.

Proses implantasi berlaku di luar daripada fallopian tube dan ia akan menjadi sangat merbahaya saat bayi membesar.

Keadaan ini akan mengakibatkan rasa sakit dan berlakunya pendarahan serta berisiko menyebabkan dua situasi ini:

  • Fallopian tube pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman yang akan mengakibatkan kematian ibu
  • Keguguran sebaik sahaja embrio terlepas daripada fallopian tube. Sebaik sahaja tiada tempat untuk implantasi sekaligus menyebabkan embrio mampu untuk menyerap nutrien dan darah.

Mengandung Keluar Darah

mengandung

Biasanya jika berlaku pendarahan, ia lebih banyak dikaitkan dengan perkara tidak baik seperti:

  • Keguguran
  • Mengandung luar rahim
  • Kehamilan molar

Pendarahan ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat atau trimester kehamilan.

Namun anda tidak perlu risau dan fikirkan yang buruk sahaja.

Akan tetapi, jika pendarahan berlaku, segeralah untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan gambaran sebenar akan keadaan anda.

Mengandung Tapi Datang Haid

Punca utama berlakunya perkara ini adalah kerana proses persenyawaan yang berlaku ketika wanita tersebut hampir sahaja untuk datang haid.

Anda perlu tahu bahawa proses persenyawaan bukanlah berlaku sebaik sahaja anda selesai melakukan hubungan seksual.

Ia mengambil masa beberapa hari ditambah pula jika pada ketika itu wanita tersebut hampir datang haid namun telur tetap berjaya melalui proses persenyawaan.

Jika ia berlaku, segeralah untuk berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kehamilan.

Punca lain perkara ini berlaku adalah kerana paras hormon progesterone didalam badan yang terlalu rendah.

Keadaan ini akan mengakibatkan dinding rahim menjadi sedikit lemah dan akan mulai pecah sekaligus menyebabkan haid.

Jika keadaan ini berlaku selepas 24 minggu anda dalam fasa kehamilan, anda perlu segera untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Baca Juga : Senaman Kegel – Senaman Terbaik Sebelum dan Selepas Bersalin

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung?

mengandung

Bagi menjawab persoalan ini, ia sama sahaja seperti apa yang diterangkan sebelum ini.

Proses persenyawaan bukanlah akan terus berlaku sebaik sahaja anda melakukan hubungan seksual.

Ia akan mengambil masa mungkin beberapa hari selepas itu. 

Anda tak perlu risau kerana apabila tiba masanya, anda akan mengalami tanda-tanda mengandung atau simptom mengandung.

Baca Juga : Tanda Hamil – Tanda Yang Membawa Kegembiraan

Fasa mengandung atau kehamilan merupakan satu fasa yang penuh dengan memori indah. 

Alangkah lebih beruntung jika anda dapat berkongsi apa-apa sahaja berkenaan mengandung atau fasa kehamilan ini bersama-sama dengan suami anda.

Hal ini adalah penting bagi memastikan dia juga dapat memahami apa sebenarnya yang anda sedang lalui.

Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan mengandung. Semoga bermanfaat!

Shopping Cart
Scroll to Top
[]