Antara masalah yang biasanya dirisaukan oleh bakal ibu adalah mengenai pam susu.
Sebab itulah ramai yang menyediakan pam susu sejak sebelum bersalin lagi.
Namun, ada juga yang sudah terbeli pam susu tetapi selepas bersalin, ia tidak serasi dengan saiz dan bentuk payudara mereka.
Begitu juga dengan kaedah dan teknik yang terbaik bagi memastikan susu dapat dikeluarkan dengan sebaiknya.
Hal ini adalah penting bagi mengelakkan masalah bengkak susu dan juga stok susu buat cahaya mata.
Terlalu banyak pendapat dan perkongsian pengalaman oleh ibu-ibu diluar sana yang kebanyakannya berbeza sekaligus menyebabkan bakal ibu mulai keliru.
Satu perkara yang anda perlu ingat adalah, pengalaman setiap bakal ibu dan ibu bermula daripada fasa kehamilan, bersalin dan menyusu adalah berbeza diantara setiap individu.
Dalam perkongsian kali ini kami akan bantu para ibu dan juga bakal ibu diluar sana untuk mendapatkan mindset yang paling tepat berkenaan pam susu ini. Jom baca!
Cara Pam Susu
Pam susu bayi memang tidak dapat dinafikan akan menjadi isu yang paling perlu untuk difikirkan terutamanya jika anda merupakan seorang wanita yang berkerjaya.
Tempoh cuti bersalin biasanya tidak lama dan itulah yang menimbulkan konflik dalam diri ibubapa baru.
Bagi wanita yang mempunyai suami yang berpendapatan tinggi, biasanya mereka akan memilih untuk berhenti kerja dan fokus untuk menjaga anak.
Namun, bukan semua suami isteri mempunyai nikmat sedemikian.
Ada yang perlu kekal bekerja namun ingin kekal memastikan anak mereka mendapat susu badan yang secukupnya.
Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan cara manual atau moden.
Susu yang dipam boleh disimpan untuk satu tempoh yang lama bergantung kepada cara penyimpanannya.
Baca Juga : Cara Simpan Susu Badan Supaya Tahan Lebih Lama – Tips Buat Para Ibu
Elakkan Bengkak Susu
Masalah lain yang biasanya akan dihadapi oleh para ibu adalah bengkak susu.
Keadaan ini akan menjadikan si ibu tidak selesa dan berasa sakit.
Bayangkan pada waktu bekerja pula, bagaimana nak susukan anak kan?
Pada masa inilah ia akan digunakan untuk membantu para ibu.
Namun, ada satu lagi masalah yang biasanya akan dialami oleh para ibu iaitu mereka tidak tahu bagaimana cara dan langkah yang tepat untuk mengepam susu.
Jom baca selanjutnya mengenai pam susu.
Cara Manual
Cara pam susu manual ini merupakan cara yang dikongsikan sejak turun temurun.
Kiranya cara ini adalah cara yang tidak menggunakan sebarang alatan moden seperti pam susu elektrik.
Payudara akan mulai membengkak saat bayi kurang menyusu.
Langkah untuk pam susu manual adalah seperti berikut:
- Pastikan tangan anda bersih samada dibersihkan dengan sabun atau dengan air bersih. Anda juga perlu pastikan setiap celahan jari dan kuku digosok dengan sabun untuk memastikan kebersihan.
- Rendam kain didalam air suam dan tuam pada bahagian payudara yang mengeras atau membengkak sekitar 3 ke 5 minit sahaja.
- Duduk dalam posisi yang memudahkan proses ini.
- Letakkan jari anda di sekitar areola dan bentukkan huruf C dengan menggunakan ibu jari dan juga jari telunjuk. Tapak tangan pula perlulah diletakkan dibawah payudara bagi menyokong proses pengepaman susu tersebut.
- Tekan payudara anda secara lembut namun jangan memicit atau memaksa susu untuk keluar. Semua ini perlulah dilakukan dalam keadaan yang tenang.
- Kumpul susu yang keluar didalam bekas yang bersih atau bekas yang sudah disteril terlebih dahulu.
- Sebaik sahaja bekas penuh, ambil masa untuk merehatkan payudara anda sambil anda mengurut lembut bagi memastikan payudara anda dalam keadaan tenang.
- Ulang proses yang sama pada kedua-dua belah payudara sehingga payudara anda terasa kosong.
Cara ini juga termasuk dalam kategori cara banyakkan susu badan.
Baca Juga : Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Cepat dan Mudah
Cara Moden
Kebanyakan ibu moden memilih untuk menggunakan pam susu elektrik.
Sekarang ini sangat mudah untuk mencari, memilih dan membelinya kerana banyak portal niaga online menjualnya.
Ia juga ada dijual di farmasi.
Konsep dan cara penggunaannya adalah hampir sama dengan cara manual namun ia tidak memerlukan anda untuk bekerja dengan lebih keras.
Semuanya akan dilakukan secara automatik.
Bearmom juga turut menawarkan pam susu jenis ini yang mendapat terlalu banyak review positif daripada para pengguna.
Kami di Bearmom juga merupakan seorang wanita dan seorang ibu yang pernah melalui keadaan ini.
Jadi, apa yang kami berikan pastinya yang terbaik sahaja untuk anda supaya proses menyusu akan menjadi jauh lebih mudah.
Jadual Pam Susu
Untuk jadual pam susu untuk banyakkan susu, bagi kebanyakan anak yang baru lahir atau masih dalam tempoh berpantang, anda perlu lihat keadaannya terlebih dahulu samada anak tersebut mengalami masalah kuning (jaundice) yang teruk atau tidak.
Jika teruk, kebanyakan pakar perubatan menyarankan agar anak tersebut dikerapkan susuannya.
Ada yang mencadangkan setiap 1-2 jam sekali.
Hal ini adalah penting bagi mengelakkan masalah kuning berpanjangan atau turut dikenali sebagai prolonged jaundice.
Sebaik sahaja tamat tempoh berpantang atau sebaik sahaja kuning anak anda normal, anda boleh menyusukan mereka sekitar 3-4 jam sekali atau ketika diminta.
Penyusuan berlebihan boleh menyebabkan bayi anda tersedak atau muntah.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan pam susu. Semoga bermanfaat!