fbpx

Persediaan Bersalin – Checklist Simple Khas Untuk Anda

Buat bakal ibu, persediaan sebelum bersalin ini perlu untuk anda ketahui supaya mudah untuk anda bersedia.

Hal ini terutamanya apabila ia melibatkan proses penting berkaitan kelahiran cahaya mata yang sudah berbulan lamanya dikandung.

Bagi kebanyakan bakal ibu, saat menginjak masuk ke trimester ketiga, ia merupakan fasa dimana anda mulai berasa debarannya.

Namun, anda perlu tahu juga bahawa bukan semua ibu hamil akan melalui fasa kehamilan sehingga ke minggu 40.

Ramai sangat yang bersalin lebih awal jadi anda perlu peka dengan tanda bersalin yang semakin hampir.

Baca Juga : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

Jadi, amatlah penting untuk anda melakukan persediaan bersalin dengan sebaiknya seperti apa yang bakal kami kongsikan dalam artikel kali ini.

Persiapan Bersalin

persediaan bersalin

Sebagai seorang bakal ibu, anda perlu melakukan persiapan bersalin lebih awal.

Antara persiapan bersalin yang anda perlu lakukan adalah:

1. Persiapan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Perkara yang paling penting untuk dibawa adalah barang keperluan bayi dan juga barang keperluan ibu.

Untuk barang keperluan bayi, sediakan:

  • Pakaian (3-4 pasang)
  • Pampers
  • Kain bedung
  • Selimut
  • Stokin
  • Sarung tangan
  • Set mandian
  • Set tempat tidur
  • Set penyusuan

Jika anda bersalin di hospital swasta, anda cuma perlu sediakan set pakaian sahaja buat bayi anda.

Selebihnya akan diberikan dan dilakukan oleh jururawat yang bertugas.

Persiapan bersalin ke hospital buat ibu pula, pastikan anda menyediakan pad ibu bersalin secukupnya kerana besar kemungkinan anda akan mengalami pendarahan yang lebih teruk berbanding orang lain.

Pakaian pula pilihlah pakaian yang sopan dan selesa seperti kain batik yang lebih mudah untuk disarung.

2. Hospital Untuk Bersalin

persediaan bersalin

Ramai sebenarnya yang sekalipun sudah memasuki trimester ketiga namun masih lagi memikirkan dimana mereka ingin bersalin.

Ada yang ingin balik bersalin di kampung halaman kerana mudah untuk terus pulang berpantang ke kampung dan sebagainya.

Namun, ada satu perkara yang anda perlu ingat iaitu anda boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, tak kisah dimana sekalipun anda ingin bersalin lakukankanlah persediaan bersalin yang sewajarnya dengan mengenalpasti hospital yang anda ingin bersalin.

Baca Juga : Makanan Pantang – Simple Namun Tetap Menyelerakan

3. Berpantang antara persediaan bersalin

persediaan bersalin

Seperti apa yang kami sebutkan tadi, mungkin ada diantara anda yang memilih untuk balik berpantang di rumah ibu bapa atau rumah mentua.

Jadi, barang persiapan bersalin termasuklah barang berpantang perlu disediakan lebih awal.

Hal ini akan memudahkan suami anda dan mengelakkan mereka daripada tertinggal barang-barang penting yang anda perlukan saat berpantang nanti.

Baca Juga : Bersalin Normal – Proses, Fasa dan Tips Mudah Bersalin

4. Confinement Lady penting dalam persediaan bersalin

Jika anda memilih untuk berpantang di rumah sendiri, pastinya anda memerlukan confinement lady untuk datang mengurut dan memasak lauk pantang serta menguruskan bayi anda untuk tempoh beberapa minggu.

Jadi, anda perlu untuk membuat tempahan awal, buatlah kerana risau sampai masanya nanti tiada yang mampu untuk menjaga anda.

Sekalipun anda ingin balik berpantang di kampung, rancanglah sebaiknya bagaimana urusan pantang anda samada anda hanya akan memanggil bidan untuk mengurut sahaja atau untuk pakej penuh.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai persediaan bersalin dimana anda perlu untuk melakukan persiapan bersalin ke hospital seperti membawa segala dokumen yang diperlukan, persiapan bersalin ibu dan bayi.

Nasihat kami, buatlah checklist persiapan bersalin untuk memudahkan anda kerana ia akan menjadi persediaan bersalin yang sama samada anda melakukan persediaan bersalin normal atau persediaan bersalin czer.

Semoga perkongsian kali ini mengenai persediaan bersalin ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]