fbpx

Tanda Bersalin – Bakal Ibu dan Bapa Perlu Alert!

Tanda bersalin adalah berbeza untuk setiap bakal ibu.

Tanpa perlu mengira kaedah yang anda pilih atau terpaksa pilih samada untuk bersalin normal, bersalin czer atau bersalin dalam air, tanda bersalin semakin hampir mempunyai persamaan diantara kesemuanya.

Tanda-tanda ini sangat perlu diberikan perhatian kerana risau jika anda terlepas pandang atau terlambat, ia akan memberikan kesan kepada kandungan anda.

Jadi, dalam artikel kali ini kami berasa terpanggil untuk kongsikan dengan anda tanda nak bersalin yang anda perlu tahu sebagai persediaan jika masanya sudah tiba.

Tanda Bersalin – Bakal Ibu dan Bapa Perlu Sedia

tanda bersalin

Seperti apa yang kami kongsikan awal-awal tadi, tanda nak melahirkan ini biasanya berbeza diantara setiap individu.

Ada beberapa jenis tanda kelahiran yang anda perlu tahu seperti:

  • tanda bersalin awal
  • tanda seminggu sebelum bersalin
  • tanda bersalin 7 bulan
  • tanda bersalin 35 minggu
  • tanda bersalin 37 minggu
  • tanda bersalin 38 minggu
  • tanda bersalin 39 minggu
  • tanda bersalin awal dari due date

Semua ini menunjukkan tanda umum yang hampir sama. Selain daripada melihat tanda-tanda ini, anda juga perlu percaya pada naluri keibuan anda.

Jom lihat apa tanda kelahiran yang anda perlu tahu.

1. Titisan Berdarah

tanda bersalin

Jika anda mengalami titisan berdarah pada bulan terakhir fasa kehamilan, anda perlu maklumkan kepada doktor dengan kadar segera.

Hal ini mungkin disebabkan oleh pengeluaran plug mukus yang merupakan mukus tebal.

Mukus tebal ini menutup laluan daripada serviks yang menghala ke arah uterus.

Tanda ini merupakan tanda anda bakal melalui fasa kelahiran dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu lagi.

2. Sakit Teruk dan Berulang

tanda bersalin

Tanda ini juga menjadi salah satu daripada tanda yang anda bakal melahirkan tidak lama lagi.

Jika ia berlaku, segera hubungi doktor atau segera ke hospital.

Ia mungkin membawa maksud placenta abruption di mana ia sangat jarang untuk berlaku.

Tanda lain yang turut membawa maksud anda mengalami keadaan ini adalah demam, keluar lendir daripada faraj dan juga jangkitan.

3. Kontraksi Lebih Kerap dan Kuat

Kontraksi akan berlaku dalam kadar yang semakin kerap dan semakin kuat.

Tempohnya juga akan menjadi semakin pendek.

Jika anda mengalami keadaan ini, anda perlu cuba untuk mengubah posisi dan sekiranya ia hilang, ia bermaksud anda hanyalah mengalam Braxton Hicks dimana ia merupakan kontraksi palsu.

Jika ia berterusan selepas anda berhenti melakukan sebarang aktiviti dan mengubah posisi, ia berkemungkinan besar adalah kontraksi sebenar.

4. Pecah Air Ketuban

tanda bersalin

Air ketuban akan pecah apabila kantung yang memberikan perlindungan kepada bayi anda mulai pecah.

Keadaan air tersebut boleh jadi keluar dengan cepat atau menitis secara sedikit demi sedikit.

Ia akan mengalir ke kaki anda dan kontraksi juga berkemungkinan besar akan berlaku samada sebelum atau selepas air ketuban pecah.

Jika keadaan ini berlaku, segeralah ke hospital kerana ia merupakan bersalin semakin hampir buat anda.

Selain daripada tanda yang dinyatakan, kami juga ingin menjemput anda untuk membaca perkongsian kami mengenai tanda anda bakal bersalin.

Ia pasti akan memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang anda perlu jangka saat hampir tiba masanya untuk anda bersalin.

Bacaan Lanjut : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

Persediaan Bersalin

Ada beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian sebagai persediaan bersalin.

Persiapan bersalin ini anda boleh lakukan 3-4 bulan lebih awal daripada due date anda bagi mengelakkan anda menjadi kelam kabut pada bulan terakhir fasa kehamilan anda.

Anda boleh sediakan secara berperingkat untuk mengelakkan bebanan terhadap kewangan anda.

Antara perkara yang anda perlu berikan perhatian adalah:

  • Persiapan bayi untuk dibawa ke hospital
  • Persiapan ibu untuk dibawa ke hospital
  • Dokumen yang perlu disediakan
  • Persiapan berpantang

Adalah lebih baik untuk anda melakukan checklist bagi memastikan anda tidak tertinggal persediaan penting.

Baca Juga : Persediaan Bersalin – Terutama Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai tanda bersalin yang anda perlu tahu. 

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]