fbpx

Urutan Perineum – Elakkan Risiko Faraj Terkoyak

Urutan perineum merupakan salah satu daripada tips yang paling kerap dikongsi kepada bakal ibu.

Urutan ini sebenarnya merupakan salah satu daripada cara untuk mengelakkan faraj daripada terkoyak sewaktu bersalin.

Jadi, adalah baiknya jika kami kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk anda melakukan urutan perineum dengan betul.

Bila Waktu Sesuai Lakukan Urutan Perineum?

Portrait of attractive asian woman thinking and touching chin over blue background

Para pakar kesihatan menasihatkan supaya urutan perineum ini dilakukan sebaik sahaja usia kandungan 34 minggu atau penghujung trimester ketiga.

Ramai sebenarnya yang masih lagi belum mendapat gambaran jelas dimana sebenarnya terletak perineum ini.

Kawasan ini terletak pada otot yang menyokong:

  • Faraj
  • Usus
  • Pundi kencing
  • Lantai pelvis

Ia merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi tisu dan terletak diantara bukaan faraj dan juga dubur anda.

Baca Juga : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

Kenapa Buat Urutan Perineum?

URUTAN PERINEUM

Tujuan utama kita akan mengurut bahagian perineum ini adalah untuk meregangkan tisu perineum tersebut.

Caranya sangat mudah iaitu dengan menggunakan 1 atau 2 jari.

Tujuannya adalah untuk menyediakan kawasan tisu pada bahagian ini bagi memudahkan ia meregang selain turut memudahkan laluan kepala dan tubuh badan bayi apabila tiba masanya untuk bersalin nanti.

Selain itu, ia juga turut mengurangkan risiko daripada mengalami koyakan faraj yang perlu dijahit.

Jika perlu dijahit sekalipun, jahitan yang diperlukan adalah 10% kurang daripada mereka yang langsung tidak melakukan urutan ini.

10% tu sebenarnya banyak ye untuk wanita!

Baca Juga : Payudara Bengkak – Punca, Kesan dan Rawatan

Cara Melakukan Urutan Perineum

1. Basuh Tangan

Sebelum anda melakukan urutan perineum ini, kami sangat galakkan anda untuk membasuh tangan anda terlebih dahulu.

Jika anda memilih untuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun, pastikan sabun yang dipilih itu tidak memberikan kesan sampingan pada bahagian kulit sekitar perineum.

Pastikan juga anda telah memotong kuku bagi mengelakkan sebarang risiko terluka sewaktu anda sedang mengurut.

2. Posisi

URUTAN PERINEUM

Pastikan anda berada dalam keadaan dan posisi yang selesa sebelum anda bermula.

Antara posisi yang kami cadangkan adalah sambil berbaring samada berbaring di atas katil atau di sofa.

Bagi kedua-dua posisi ini, anda perlu pastikan kaki anda terbuka dan lutut anda turut dibengkokkan.

Posisi lain yang anda boleh lakukan juga adalah sambil berdiri dengan sebelah kaki anda diangkat atau diletakkan di atas kerusi sewaktu anda mandi.

3. Mengurut

Anda boleh mulakan dengan menyapu permukaan tangan anda dengan sedikit minyak.

Minyak yang paling sesuai adalah minyak yang berada di dalam kategori minyak semulajadi.

Kemudian, anda perlu memasukkan 1 atau 2 jari anda kedalam sekitar 1 ke 1 setengah inci jari tersebut ke dalam bahagian dalam faraj anda.

Tiada masalah jika anda ingin menggunakan cermin bagi membantu anda buat kali pertama.

Hal ini adalah untuk memastikan anda berjaya untuk mengurut kawasan yang betul.

Gunakan ibu jari anda untuk memberikan tekanan yang tidak terlalu kuat pada bahagian bawah faraj anda dan menghala ke arah dubur anda.

Baca Juga : Senaman Kegel – Senaman Terbaik Sebelum dan Selepas Bersalin

4. Meregang

URUTAN PERINEUM

Sebaik sahaja jari anda berada didalam posisi tersebut, tahan posisi ini untuk tempoh sekitar 1 atau 2 minit.

Dari sini, anda perlu lakukan gerakan berbentuk U secara perlahan-lahan.

Caranya adalah dengan menggerakkan jari anda bermula daripada bahagian kiri ke bahagian kanan.

Tujuan urutan perineum ini adalah untuk mensasarkan pada bahagian tisu didalam faraj anda.

Namun, anda perlu pastikan bahawa bahagian luar dan dalam faraj anda turut sama dapat merasai sensasinya.

5. Bertenang

Sewaktu anda sedang melakukan urutan, kami sangat sarankan anda untuk kekal bertenang.

Hal ini kerana anda pastinya berasa risau jika anda tersalah melakukan urutan tersebut kerana terlebih risau akan kandungan dan fasa bersalin yang bakal berlaku nanti.

Anda sebenarnya akan menjadi lebih tenang saat urutan ini dilakukan. 

Apapun, cuba untuk pastikan setiap sesi urutan perineum anda ini tidak akan melebihi 5 minit.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan urutan perineum.

Jangan lupa untuk melakukannya supaya lebih mudah untuk anda bersalin nanti!

Shopping Cart
Scroll to Top
[]