fbpx
Keperluan Bayi Baru Lahir

Keperluan Bayi Baru Lahir – Apa Yang Anda Perlu Sediakan?

Ibubapa muda pasti tertanya-tanya berkenaan keperluan bayi baru lahir.

 

Biasalah, teruja dengan cahaya mata pertama la katakan.

 

Jadi, anda telah bersedia nak buat senarai semak barang keperluan bayi baru lahir?

 

Jom kami kongsikan kepada anda.

 

Senarai Semak Barang Keperluan Bayi Baru Lahir Lengkap

 

1. Keperluan Baju Bayi Baru Lahir

 

Keperluan Bayi Baru Lahir

 

Keperluan yang perlu dibeli adalah baju dan seluar panjang yang mencukupi.

 

Ini disebabkan oleh bimbang bayi akan berada dalam kesejukan pada waktu malam dan dapat menghindari dari gigitan nyamuk.

 

Anda juga perlu menyediakan baju lengan pendek dan seluar pendek untuk kegunaan pada waktu siang.

 

Keperluan ini sangat perlu supaya bayi anda berada dalam keadaan selesa pada waktu siang disebabkan cuaca yang panas.

 

Anda juga perlu menyediakan barut bayi, rompers, sarung tangan dan kaki, kain bedung dan topi kepala.

 

2. Lampin Bayi

 

 

Keperluan yang harus dibeli seterusnya adalah lampin bayi.

 

Anda disarankan untuk menyediakan lampin bayi jenis pakai buang dan lampin bayi moden atau pampers.

 

Biasanya bayi akan menggunakan saiz newborn untuk pampers.

 

Anda tidak disarankan untuk membeli dengan kuantiti yang banyak terus untuk pampers kerana takut bayi anda tidak selesa dengan jenama tersebut.

 

Anda perlu membeli beberapa jenama pampers untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan pada keperluan bayi anda.

 

3. Barang Mandian

 

Keperluan Bayi Baru Lahir

 

Barang mandian bayi sangat penting untuk keperluan bayi baru lahir di hospital.

 

Ini disebabkan hospital kebiasaannya hanya menyediakan keperluan asas bayi sahaja.

 

Barang mandian bayi sangat penting untuk penjagaan kebersihan dari jangkitan kuman berlaku.

 

Anda perlu membeli botol kecil dahulu dan mencuba jenama pilihan anda sedikit demi sedikit.

 

Barang mandian yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi anda akan mengalami masalah kulit.

 

Baca Juga : Pam Susu – Cara Betul Anda Perlu Tahu

 

4. Barang Untuk Penyusuan

 

 

Keperluan yang seterusnya adalah barang untuk penyusuan.

 

Contoh barang untuk penyusuan seperti botol susu, puting, berus pembersih botol, cecair pencuci botol susu, breastpump, cooler bag dan nursing bra.

 

Barang penyusuan bayi ini bergantung kepada kemampuan anda.

 

Jika anda mampu untuk menyediakannya, ia adalah sangat bagus.

 

Jika tidak, cukup sekadar keperluan asas seperti botol susu, puting dan cecair pencuci botol susu sahaja.

 

Baca Juga : Bayi Baru Lahir – Tips Penjagaan Buat Ibubapa

 

5. Keperluan Bayi Baru Lahir Untuk Tidur

 

Untuk memudahkan bayi tidur nyenyak pada waktu malam, anda perlu menyediakan set tidur yang selesa.

 

Set tidur hendaklah lembut dan sejuk supaya bayi anda tidak kerap terjaga pada waktu malam.

 

Set tilam dan bantal yang sangat disyorkan adalah yang diperbuat dari bahan organik iaitu kekabu.

 

Pastikan anda menyediakan selimut kecil juga untuk menghindari kesejukan yang terlampau.

 

Jika anda berkemampuan, anda boleh menyediakan katil bayi yang boleh berayun atau cukup sekadar buaian bayi.

 

6. Keperluan Penjagaan Bayi

 

Keperluan penjagaan bayi ini termasuk untuk semua aspek penjagaan bayi.

 

Contoh keperluan penjagaan bayi adalah bedak bayi, baby lotion, minyak bayi dan vicks untuk memastikan bayi anda terhindar dari penyakit.

 

Pemotong kuku juga sangat penting untuk memastikan bayi anda tidak luka disebabkan cakaran kukunya sendiri.

 

Termometer sangat perlu untuk memeriksa suhu badan bayi kerana normal suhu badan bayi baru lahir akan panas untuk biasakan dengan suhu persekitaran baru.

 

Akhir sekali, barang keperluan yang paling penting adalah tisu basah untuk kemudahan membersihkan kotoran pada badan bayi.

 

Itu sahaja perkongsian kami berkenaan keperluan bayi baru lahir.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menyediakan keperluan secukupnya sebelum kelahiran si kecil anda.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]