fbpx
Tanda Hamil

Tanda Hamil – Tanda Yang Membawa Kegembiraan

Anda dah mula tunjuk tanda hamil ke? Excitednya!

Setiap lelaki boleh menghasilkan sperma sebanyak 20 hingga 300 juta untuk satu jumlah mililiter tetapi hanya satu sahaja yang akan berjaya untuk disenyawakan dengan ovum.

Daripada satu itu juga akan menjadi bayi yang comel.

Tanda Hamil

Buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasti sangat teruja apabila pasangan mereka disahkan hamil oleh doktor.

Adakah anda tahu tanda yang setiap pasangan terutamanya bakal ibubapa perlu tahu?

Ingin kami kongsikan juga, persoalan-persoalan yang kami sering terima daripada setiap pasangan yang teruja mengenai tanda kehamilan. Antara persoalannya adalah seperti berikut;

  • Sakit pinggang tanda hamil
  • Keputihan tanda hamil
  • Payudara sakit tanda hamil
  • Senggugut tanda hamil
  • Sakit kepala tanda hamil
  • Cirit birit tanda hamil
  • Perut keras tanda hamil
  • Tanda hamil selepas haid
  • Tanda hamil luar rahim

Kami faham akan keterujaan anda semua.

Sebab itulah dalam artikel kali ini akan berkisar tentang tanda kehamilan yang perlu anda tahu. Jom baca!

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

tanda hamil

Tanda kehamilan yang kami akan kongsikan adalah tanda hamil anak lelaki, tanda hamil anak perempuan, tanda hamil kembar dan tanda hamil anak kedua. Pada awal kehamilan, sebahagian daripada anda mungkin akan mengalami tanda kehamilan yang berbeza dari segi;

BACA JUGA : Ibu Mengandung – Tips Untuk Ibu Mengandung Kali Pertama

1. Keputihan

tanda hamil

Keputihan semasa hamil adalah perkara normal yang dialami oleh setiap ibu mengandung.

Keputihan juga salah satu tanda hamil 1 minggu dan tanda hamil 2 minggu.

Secara umumnya, wanita akan sentiasa mengalami keputihan sama ada semasa mengandung atau tidak.

Tapi, keputihan ini apa sebenarnya?

Keputihan adalah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar dalam vagina dan serviks.

Ia bertujuan untuk membawa keluar sel-sel mati dan bakteria serta memastikan vagina anda bersih. 

Jika anda lihat ada cecair putih yang keluar daripada vagina anda, mungkin anda sudah masuk fasa hamil pada minggu pertama.

Untuk kepastian anda juga boleh lihat gambar keputihan anda dan contoh keputihan hamil yang ada di Google.

2. Pendarahan atau tompokan darah

Pendarahan atau tompokan darah adalah salah satu tanda hamil 3 minggu.

Proses implantasi akan berlaku apabila anda masuk minggu ketiga kehamilan dan akan ada beberapa tompokan darah yang keluar.

Mungkin anda akan keliru sama ada tompokan darah itu datang daripada haid atau disebabkan oleh implantasi.

Memang betul tompokan darah ini seakan-akan anda datang haid.

Akan tetapi, tompokan darah ini sedikit berbeza daripada darah haid. Antara perbezaan yang anda dapat lihat adalah;

  • Darah tidak beku dan tektsturnya berbeza dari darah haid
  • Berwarna merah jambu pucat atau coklat pekat
  • Pendarahan adalah sangat sedikit atau hanya tompokan kecil sahaja

3. Perubahan pada payudara

tanda hamil

Antara tanda lain perubahan yang anda akan perasan adalah terdapat perubahan pada payudara anda.

Perubahan ini menunjukkan bahawa anda sudah masuk fasa tanda hamil 1 bulan.

Namun begitu, tanda hamil 5 minggu dan tanda hamil 6 minggu juga akan memberi perubahan yang lebih jelas pada struktur payudara anda.

Antara perubahan yang terjadi pada payudara adalah:

  • Payudara lebih sensitif di kawasan areola
  • Areola akan menjadi lebih gelap
  • Dada akan lebih membesar

Menurut pakar perubatan dalam bidang gynaecology, perubahan pada payudara ini normal bagi setiap wanita yang hamil kerana ia merupakan salah satu persiapan yang dilakukan oleh badan dalam menghasilkan susu.

BACA JUGA : Payudara Bengkak – Punca, Kesan dan Rawatan

Perubahan ini juga merupakan tanda kehamilan yang berlaku pada trimester pertama kehamilan.

Pada minggu ke 5 dan minggu ke 6 kehamilan, anda juga akan mengalami satu tanda kehamilan yang jelas iaitu anda mula mengalami morning sickness yang kuat.

Morning sickness bukan hanya akan berlaku pada waktu pagi malah ia berlaku tidak kira masa.

Morning sickness adalah rasa mual disebabkan wanita yang hamil akan mengalami perubahan hormon.

Kadang-kadang bau wangian yang suami anda pakai pun boleh jadi punca anda berasa mual sedangkan sebelum ini anda tidak berasa sedemikian.

Buat para suami, nasihat kami adalah layan sahaja setiap perubahan yang berlaku pada isteri anda.

Mungkin anda akan “dibenci” dan ada juga situasi di mana isteri anda akan terasa mual apabila anda mendekat.

Ini semua hanya perubahan hormon yang berlaku pada setiap wanita yang hamil.

Sekian sahaja perkongsian kami tentang tanda hamil.

Semoga bermanfaat kepada anda semua dan jangan lupa untuk bersedia jika anda ada tanda-tanda yang kami kongsikan ini.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]