fbpx

Amalan Ibu Mengandung Yang Anda Boleh Amalkan

Ramai bakal emak atau umi atau ibu yang sedang melalui fasa kehamilan sekarang ini mencari amalan ibu mengandung yang mereka boleh amalkan.

Itulah indahnya Islam dimana untuk setiap ketika dan keadaan, pasti ada sahaja amalan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan yang terbaik.

Begitu jugalah buat bakal ibu dan bapa yang sedang menanti kehadiran dan kelahiran cahaya mata tercinta mereka.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai amalan ibu mengandung yang anda boleh lakukan. Jom baca!

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam

amalan ibu mengandung

Amalan-amalan ini ada kategori dan pecahannya yang tersendiri.

Ada yang mengamalkannya untuk mendapatkan:

  • Anak yang bijak
  • Anak yang cantik
  • Anak yang kacak
  • Anak yang cerdas
  • Kemudahan dalam urusan bersalin
  • Kecantikan pada akhlak

Jom kami mulakan dengan surah yang boleh di amalkan terlebih dahulu.

BACA JUGA : Makanan Ibu Mengandung – Senarai Makanan Terbaik Untuk Anda

Surah Amalan Ibu Mengandung

1. Al-Fatihah

Antara kelebihan mengamalkan surah ini adalah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan anak yang sedang dikandung.

2. Maryam

Bagi kebanyakan ibu hamil, surah ini merupakan diantara surah yang sering kali dipesan kepada mereka agar dibaca.

Didalam surah ini ada menceritakan mengenai Maryam R.A yang melahirkan Nabi Isa A.S di tengah-tengah padang pasir secara sendirian.

Jadi, pengamalan surah ini sangat elok diamalkan untuk memudahkan para ibu untuk bersalin.

Selain itu, ia juga diamalkan bagi memperoleh anak yang taat dan juga sabar.

3. Luqman

amalan ibu mengandung

Didalam surah ini, ia lebih kepada nasihat dan pesanan daripada seorang bapa kepada anak.

Fadilat mengamalkan surah ini adalah untuk memperoleh anak yang mempunyai kecerdasan akal fikiran dan juga kecerdasan jiwa.

Selain itu ia juga merupakan amalan ibu mengandung untuk anak bijak.

4. Yusuf

amalan ibu mengandung

Siapa yang tidak tahu bahawa Nabi Yusuf A.S adalah insan yang sangat terkenal akan ketampanan wajahnya.

Amalan ibu mengandung untuk anak cantik biasanya melibatkan pengamalan surah ini.

Namun, niatkan juga supaya anak yang dikandung bukan sahaja mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak malah turut mempunyai akhlak seindah Nabi Yusuf A.S.

BACA JUGA : Senaman Kegel – Senaman Terbaik Sebelum dan Selepas Bersalin

5. Yaasin

Surah Yaasin dibaca dalam berbagai urusan dan keadaan terutamanya ketika ingin memohon sesuatu dan agar dipermudahkan urusan.

Begitu juga buat bakal ibu dimana anda boleh menjadikan ia sebagai amalan kebiasaan anda.

Niatkan didalam hati agar anak yang dikandung sentiasa diberikan ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan di dalam hidupnya nanti.

Untuk doa amalan ibu mengandung dan juga zikir amalan ibu mengandung, kami ada kongsikan didalam artikel sebelum ini.

Mungkin boleh juga untuk anda baca artikel tersebut kerana ia turut berkongsikan banyak lagi perkara lain yang anda perlu tahu sepanjang kehamilan.

Kajian Saintis Eropah Berkenaan Amalan Ibu Mengandung

Pada tahun 2013, satu penyelidikan telah dijalankan di Eropah untuk mengkaji kaitan diantara pendedahan bayi didalam kandungan dengan muzik.

Ternyata hasil kajian tersebut memberikan satu keputusan yang sangat luarbiasa dimana mereka mendapati ia akan memberikan kesan jangka panjang pada otak bayi.

Hal ini dapat dibuktikan selepas bayi tersebut lahir dimana mereka dapat mengingati lagu seperti Twinkle, Twinkle Little Star yang dimainkan sewaktu mereka didalam rahim.

Respons yang diberikan pula adalah berbeza apabila lagu yang sama namun dalam versi yang berbeza pula dimainkan.

BACA JUGA : Tanda Bersalin Semakin Hampir – Macam Mana Nak Tahu?

Kajian tersebut juga menyimpulkan bahawa bayi mampu untuk menyimpan memori sewaktu didalam kandungan sehingga 4 bulan selepas kelahiran mereka.

Bayangkan jika muzik sahaja mampu untuk memberikan kesan yang sedemikian, inikan pula ayat suci al-Quran atau zikir yang menyebut nama Allah S.W.T.

Kesannya hanya akan dapat dilihat sewaktu bersalin atau selepas bersalin.

Namun, sekalipun ada terlalu banyak amalan yang boleh dilakukan, amalan dan ibadah wajib janganlah pula diabaikan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai amalan ibu mengandung. Semoga kita semua mendapat zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjadi penyejuk dimata dan penenang di hati.

Shopping Cart
Scroll to Top
[]